Percutian Pulau Yang Menarik Di Koh Lipe, Thailand

Pertama kali sampai di pulau Koh Lipe di Thailand sememangnya memberikan MrJocko satu pengalaman yang menakjubkan. Tak sangka, pulau yang terletak sekitar 63 km dari Jeti Pak Bara Thailand ini memiliki ciri-ciri pulau percutian yang sangat menarik dan unik. 
Pulau Koh Lipe Thailand mempunyai 3 bahagian yang utama seperti Pattaya Beach, Sunrise Beach dan Sunset Beach. Lokasi yang selalu menjadi tumpuan semestinya di Pattaya Beach, yang mana di sana mempunyai banyak hotel dan chalet serta tarikan lain untuk penginapan pelancong.

Bagaimana untuk ke Koh Lipe Thailand?
Anda ada banyak pilihan jika ingin ke Koh Lipe Thailand. Antara lokasi Jeti yang terkenal untuk ke Koh Lipe, Koh Adang dan Koh Tarutao di sekitar nya ialah melalu Jeti Pak Bara.  Pun begitu, anda boleh menaiki bot laju dari Jeti Trang.
Kalau dari Malaysia, anda boleh mendapatkan tiket dan cop passport anda di Jeti Kuah, Langkawi atau Jeti Telaga, Langkawi. Harga tiket bot ke Pulau Koh Lipe Thailand adalah berbeza dan mengikut jarak yang dituju.
Peta Koh Lipe

Tidak dinafikan, sepanjang persisir pantai di Koh Lipe sememangnya mempunyai permandangan pantai yang cantik dan jernih. Air laut yang menghijau dan kebiruan di tengah laut memang memikat hati sesiapa sahaja. 
Sebab itu, Koh Lipe terkenal dengan pulau percutian seluruh dunia tak kira tujuan anda ke sini bersama keluarga atau kawan-kawan. Ini kerana anda boleh sesuaikan masa cuti anda di Koh Lipe Thailand dengan pelbagai aktiviti yang ada di Koh Lipe.
Antara yang menarik samada anda ingin menyelam, snorkeling, bot layar, memancing atau berenang, semua ini anda boleh lakukan di pulau Koh Lipe Thailand.

MrJocko sendiri tak puas singgah selama separuh hari di Koh Lipe. Rasa seperti ingin kembali ke Koh Lipe dan menikmati masa cuti yang sebenar di pulau ini. Sememangnya masih banyak yang belum sempat MrJocko terokai semasa singgah di Koh Lipe Thailand.
Anda tidak perlu risau tentang penginapan kerana di Koh Lipe Thailand ada penginapan bertaraf 5 bintang, sederhana dan juga bajet chalet untuk kemudahan semua. Pilih sahaja mana satu yang anda mahu dan enjoy masa anda di Koh Lipe Thailand.

Memandangkan Koh Lipe antara lokasi sebelah Selatan Thailand, di pulau ini masih banyak restoran Halal yang beroperasi untuk kemudahan pengunjung dan pelancong Muslim. Ramai peniaga di pulau ini beragama Islam dan menyediakan menu masakan halal di restoran atau gerai pulau Koh Lipe Thailand.
Sudah semestinya, Koh Lipe akan menjadi satu lagi destinasi wajib lawati untuk MrJocko satu hari nanti. Mungkin tahun ini, atau mungkin tahun depan, MrJocko akan kembali bersama keluarga ke sana. 
Anda juga perlu ke Koh Lipe dan nikmati keindahan alam dan percutian pulau yang menakjubkan di Koh Lipe Thailand. Untuk maklumat tambahan, anda boleh layari laman web Tourism Authority Of Thailand Kuala Lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s