Kucing Kami Kitty Bunting 50 Hari

Kalau anda masih ingat dengan Abon dan gaya Casanovanya yang suka menggoda kucing betina, anda mesti ingat entry Abon Mating dengan Kitty pada bulan Mei 2014. Nampaknya Abon memang hebat sebab si Kitty confirmed sudah bunting 50 hari.
Sebenarnya memang sejak dari awal bulan MrJocko perasan perut Kitty yang mula membuncit, tetapi tak sempat nak periksa betul-betul. Tadi bila kemas dan bersihkan sangkar Kitty, sangat ketara perut Kitty yang semakin membesar. Selepas di hitung congak, anggaran Kitty sudah bunting 50 hari dan ada sekitar 2 minggu lagi untuk beranak. Ini kalau ikut tanda-tanda kucing bunting dan nak beranak.

Kesian kat Kitty dan anaknya Kiki sebab sejak Baby Kayla lahir, MrJocko bagi kucing ni main kat luar je tepi sangkar. Tu pun bukan selalu sebab tak nak bagi bulu dan habuk yang banyak masuk rumah, risau kan kesihatan Baby Kayla.
Si Abon dah sebulan MrJocko letak kat umah sepupu di Putrajaya. Rasanya biar la dia kat sana sebab kat sana lagi happy sebab ada 3 ekor lagi kucing betina. Skang si Kitty nak beranak, kena jaga dia sampai dia beranak. Lepas tu dah boleh la kalau nak serahkan Kitty kepada keluarga angkat baru.
Bukan tak nak jaga Kitty, tetapi disebabkan ada Baby baru, kita sebagai owner kena rajin cuci sangkar dan tempat kucing. Ini semua untuk kesihatan anak-anak. Siapa yang pelihara kucing, mesti tahu, betapa susah kalau nak kemas dan basuh sangkar kucing ni. 
So, tunggu la dulu Kitty beranak anak Abon. Lepas tu, baru kami decide nak pelihara yang mana satu. Cukup la seekor, sebab sekarang ni memang tak boleh nak pelihara ramai-ramai. Siapa nak kucing, boleh la book dengan MrJocko🙂
Facebook : http://www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s