Press Conference Seludup : Sidang Media Seludup Soft Launch

sidang media seludup jehan miskin
Bertempat di Restoran Serai, KL Life Centre, MrJocko berkesempatan untuk bersama rakan media di Majlis Sidang Media SELUDUP, sebuah Siri TV Aksi dan Cinta terbaru terbitan Mastermind Group untuk terbitan ASTRO. Siri TV Aksi dan Cinta ini akan ditayangkan selama 13 Episod dengan setiap episod selama 60 minit.

press conference seludup oleh Mastermind Group dan Astro
sidang media seludup

Drama Siri TV Aksi dan Cinta Terbaru ‘SELUDUP’ ini adalah arahan pelakon terkenal Jehan Miskin. Antara barisan pelakon utama siri TV yang akan ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD ini ialah – Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah Zak, Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip.
Dalam sidang media berkenaan, Jehan Miskin memberitahu media bahawa beliau tertarik untuk menyiapkan Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini kerana berminat untuk menyampaikan mesej tentang masalah sosial dan jenayah akibat dari aktiviti haram penyeludupan rokok dan alkohol yang berlaku di negara kita. 
Di samping masalah sosial tersebut, olahan cerita SELUDUP ini dimasukkan elemen cinta yang akan menguatkan lagi jalan cerita 13 episod ini.
press conference seludup oleh Mastermind Group dan Astro
Anda mungkin berminat nak menjadi pelakon dalam Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini? Kalau YA, jom cuba Ujibakat Online Seludup di Website INI. Anda boleh ikuti arahan yang di berikan dan mana tahu anda mungkin orang yang bertuah memenangi hadiah sejumlah RM15,000. Wowww!!!
Anda cuma perlu daftar nama anda, ikut skrip yang diberikan, dan kemudian UPLOAD video Ujibakat Online Seludup anda di ruang yang disediakan. Cepat!!! Anda mungkin ada peluang jadi bintang dalam SELUDUP🙂
ujibakat online siri TV Seludup
Ikuti arahan yang disediakan

ujibakat online siri TV Seludup
Daftar butir peribadi anda dan UPLOAD Video Ujibakat Online anda

ujibakat online siri TV Seludup
Skrip untuk Ujibakat Online Seludup

Bersama Pengarah Siri Aksi Cinta yang diberi nama SELUDUP.

Jadi apa tunggu lagi, ini peluang terbuka untuk anda semua. Peraduan Ujibakat Online Seludup ini bermula dari 25 Jun 2014 sehingga 3 Ogos 2014. Pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos 2014. 

Untuk informasi lanjut tentang Siri TV Aksi dan Cinta ini anda boleh layari :
Video Sidang Media – http://youtu.be/NOd-D66pmNU
Facebook – https://www.facebook.com/Seludup
Instagram – http://instagram.com/seludup
Uji Bakat – Bit.ly/Seludup

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s