Jalan Cibaduyut Tempat Shopping Terbaik Di Bandung

Kota Bandung sememangnya mempunyai banyak lokasi membeli belah yang menarik dan pilihan pelancong luar negara terutama dari Malaysia. Pilihan MrJocko kali ini ialah lokasi sepanjang Jalan Cibaduyut, Bandung. Ia terkenal dengan banyak jualan barangan kulit dan juga kasut.
Jalan Cibaduyut ini terletak sekitar 5 kilometer dari lokasi tempat penginapan MrJocko di Pop Hotel dan Festival Citylink Bandung. Kawasan ini lebih terkenal dengan penjualan barangan seperti kasut dan juga barangan Kulit seperti Jaket Kulit, Kasut Kulit, Handbag dan pelbagai jenis barangan kulit yang lain.
Kalau nak ke Jalan Cibaduyut, anda boleh naik Teksi Bluebird atau Bechak. Kalau tambang Teksi Bluebird sekitar RM5 jer dari Festival Citylink. Kalau naik bechak cuma dalam RM3 sahaja.

Kasut jenis ni memang special design di Jalan Cibaduyut

jalan cibaduyut di bandung
Selain dari Factory Outlet, Jalan Cihampelas dan Jalan Riau, anda boleh ke Jalan Cibaduyut untuk membeli belah. Kalau ikut pengalaman MrJocko, barangan di Jalan Cibaduyut lebih murah berbanding dengan jualan barangan di Jalan Cihampelas dan Jalan Riau. Pun begitu, di Jalan Cibaduyut Bandung ini tidak banyak punyai shopping mall yang besar dan barangan berjenama. Di sini banyak produk jualan yang di hasilkan di Indonesia dan ia adalah produk tempatan.
Jadi kalau anda nak shopping atau membeli belah di Bandung, anda mungkin dah tahu nak pilih samada nak membeli belah di Factory Outlet, Jalan Cihampelas, Jalan Riau atau di Jalan Cibaduyut. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s