Air Tuak Minuman Feveret Orang Kelantan Bulan Puasa

Kalau korang orang Kelantan atau biasa dengan orang Kelantan, korang mesti pernah dengar minuman air tuak. Air Tuak ialah air minuman yang popular di Kelantan bila tiba bulan Ramadhan.

 

Air Tuak atau nama lain Air Nira ini ialah air yang diambil dari rumpun Pucuk Pelepah Kelapa muda. Pucuk Pelepah kelapa muda ini di hiris bahagian hujungnya dan satu bekas akan dibiarkan semalaman untuk menadah titisan air nira yang keluar dari pelepah tersebut.

 

Dalam satu malam biasanya satu tabung bekas boleh mengumpul sehingga 3 cawan air nira yang dipanggil Air Tuak.

 

Air tuak Kelantan

Air tuak Kelantan

 

Teringat masa kecik, arwah ayah pernah ambil air nira ketika pokok kelapa masih rendah. Bila dah tinggi, arwah ayah beli dari kawan-kawan sekampung. Katanya malas nak panjat pokok kelapa tersebut.

MrJocko bukan peminat Air Tuak. Tetapi pernah la beberapa kali mencuba minum Air Tuak. Rasanya agak payau dan sedikit bergas. Rasanya sedap, tetapi kesan gas dan bau selepas minum tu buat MrJocko tak tahan. Sampai sekarang, dah lama MrJocko tak minum.

Biasanya untuk satu plastik saiz sederhana ia dijual dengan harga RM5. Kalau nak cuba, boleh la cari Air Tuak di Pasar Ramadhan yang berdekatan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s