Gempar Di Culik Van Putih Bulan Puasa

Sejak beberapa minggu ni banyak cerita dan kes gempar cerita Van Putih menculik budak-budak. Isu kes culik guna Van Putih ni semakin menjadi-jadi dan ia seakan menjadi trend. Ramai yang kata, penculik semakin berani dan sebab utama mereka menculik kerana untuk dapatkan organ untuk dijual.
Sama juga seperti cerita di Taman Sejahtera semalam. Satu taman kecoh pasal ada budak lelaki kena culik dan angkut dengan Van Putih.
Semalam selepas waktu Asar Haji Dollah bergegas ke rumah Pak Leman di Lorong Sejahtera 3. Ada perkara penting yang dia nak sampaikan pada Pak Leman perihal anak lelaki Pak Leman yang bernama Danish.
“Assalamualaikum” sapa Haji Dollah
“Waalaikummussalam, aaa… Haji”
“Aku nak bagitahu ko ni pasal anak lelaki ko si Danish” sambung Haji Dollah
“Ooo Danish. Dia tak ada kat rumah. Kata tadi dia nak ke pekan.” jawab Pak Leman.
“Aku tahu. Ni yang aku nak bagitahu kau, ada budak taman sebelah bagitau yang si Danish tu kena culik dan angkut dengan Van Putih” jelas Haji Dollah, merangkap JKKK Taman Sejahtera.
“MasyaAllah Haji… Bila? Kat mana?” terkejut Pak Leman dengar berita pasal anak kesayangannya itu.
“Tengahari tadi, kat pekan katanya” jelas Haji Dollah lagi.
“Tak boleh jadi ni Haji, jom ikut saya nak ke Balai Polis buat report. Kena cepat nanti senang polis nak buat kerja.”
“Tak payah nak report Leman, diorang dah buat report” Haji Dollah mencelah
“Siapa yang buat report pulak Haji?” terpinga Pak Leman
“JAWI. Anak ko Danish tu umur dah 25. Tadi ditangkap kat pekan tengah makan tengahari kat dalam restoran. Tu yang kena angkut dengan Van Putih Van Jenazah. Sekarang ni kan bulan puasa.” terang Haji Dollah panjang lebar.
“Cis… BERTUAH PUNYA BUDAK. Aku ingatkan kena culik oleh penjual organ, rupanya tak puasa.” sambil Pak Leman menggelengkan kepala.
Satu taman memang gempar dengan isu kes van putih culik Danish yang di bawa menaiki Van Jenazah kerana tak puasa.
MrJocko🙂
Pengajaran :
Van Jenazah pun berwarna putih

Jangan tak puasa
van jenazah orang tak puasa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s