Menu Hebat Chef Zam Menggunakan Philips Airfryer

Sabtu lepas, MrJocko dan rakan-rakan Blogger dijemput untuk serta Philips Ultimate Cook-Off di AEON Big Subang Jaya. Kali ini Philips Home Loving Malaysia menjemput dutanya iaitu Chef Zam, salah seorang chef selebriti yang terkenal di Malaysia. 
Chef Zam kali ini berkongsi dua menu sedap yang diolah oleh beliau untuk dimasak menggunakan Philips Airfryer. Siapa sangka, alatan memasak seperti Philips Airfryer ini memang terbaik walaupun ia tidak menggunakan minyak. Macamana tu???

menu masak guna philips airfryer
Lihat sahaja resepi masakan Chef Zam ini. Ayam ini diadun dengan rempah campuran mudah, digaul dan dibiarkan sebati sekejap, kemudian dimasak menggunakan Philips Airfryer selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. Bila dah masak, ermmm,,, baunya memang wangi dan sangat enak… Perghhh!!!

menu masak guna philips airfryer
Kalau nak mudah lagi untuk masak pencuci mulut, anda boleh cuba menu ini. Buah Epal yang di tebuk bahagian tengah tangkainya kemudian diletakkan jem strawberry, jem nenas, atau apa sahaja manisan yang anda mahu kemudian dibalut dengan adunan yang menyerupai roti nipis. Bakar sahaja dalam Philips Airfryer selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius dan hidangan pencuci mulut anda dah siap. Mudah kan???

menu masak guna philips airfryer

menu masak guna philips airfryer
Sekali lihat dua menu yang dimasak oleh Chef Zam semasa Philips Ultimate Cook-Off di AEON Big Subang Jaya ini memang menyelerakan sesiapa sahaj. Bayangkan, tak sampai beberapa minit, ‘taster’ yang di masak habis dimakan. Maklum la dengan Philips Airfryer, anda hilangkan lemak, tetapi kekalkan rasa sedap masakan.
Memang best bila guna Philips Airfryer ini. Boleh katakan sesiapa pun boleh masak dan ia semestinya menjimatkan. Tak perlu guna minyak dan ia sangat selamat untuk di gunakan. Sudah pasti MrJocko akan syorkan kepada sesiapa sahaja untuk gunakan samada Philips Airfryer yang Analog berharga RM1,199 atau Philips Airfryer yang Digital berharga RM1,699. 
Dengar kata ada diskaun hebat Philips untuk peoduk Airfryer ini. Jadi kunjungi kedai elektrik atau pasar besar untuk dapatkan unit Philips Airfryer anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s