Jelajah Hutan Air Terjun Lata Kijang

Selain kembara biasa, MrJocko sebenarnya selalu jugak masuk hutan masa muda-muda. Kalau zaman belajar di ITM, sempat la hiking ikut kawan yang kaki gunung untuk redah trek masuk ke bukit bukau melihat keindahan alam flora dan fauna. Antara lokasi yang pernah MrJocko singgah di Air Terjun Lata Kijang, Hulu Langat.
Lokasi Air Terjun Lata Kijang ni sebenarnya tidak la jauh dari Kuala Lumpur, hanya memakan masa 2 jam perjalanan. Cuma masalah utama ialah anda terpaksa menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau motorsikal kalau nak masuk hingga ke tapak perkemahan di bawah air terjun Lata Kijang.

camping air terjun kata kijang
Lihat sahaja betapa tingginya air terjun yang ada di Lata Kijang ini. Ia masih lagi semula jadi dan mengekalkan keaslian air jernih dan sejuk di tengah hutan. Di tepi air terjun di sediakan tapak perkhemahan yang kemas dan teratur disertakan dengan kemudahan bangsal terbuka beralaskan simen dan juga kemudahan tandas.
Kawasan camping ini sesuai untuk di dirikan sekitar 10 khemah dan memang boleh memuatkan hampir 30 orang dalam satu masa.
Banyak yang menarik di hutan Air Terjun Lata Kijang ini. Anda boleh mencabar diri dengan jungle tracking menaiki bukit selama 1 jam dan anda akan sampai di puncak bukit berdekatan Lata Kijang. Permandangan kat sana memang cantik. Sayang MrJocko tak naik sampai ke atas.
Tumbuhan flora dan juga fauna di hutan air terjun Lata Kijang banyak yang masih belum diterokai. Kalau korang sukakan kehijauan, sudah pasti boleh singgah di Lata Kijang dan bermalam di sini untuk satu pengalaman baru.

camping air terjun kata kijang

camping air terjun kata kijang
Pengalaman MrJocko minum air sungai yang di salurkan secara tradisional oleh Orang Asli di sini memang satu pengalaman yang menarik.

Banyak lagi yang boleh anda teroka kalau ke Air Terjun Lata Kijang. Ambil masa, berkhemah dan bermalam di sini dan nikmati kehidupan malam di tengah hutan. Pastikan anda bawa makanan dan minum secukupnya. Peralatan memasak sudah pasti untuk memberikan anda pengalaman yang tak akan anda lupakan sampai bila-bila.

Antara kenangan best di Air Terjun Lata Kijang, bila sama-sama mengelilingi unggun api dan membakar ubi keledek sambil minum air Kopi O,,, TERBAIKKK Lahhh!!!

camping air terjun kata kijang

camping air terjun kata kijang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s