Sari Ater Hot Spring Resort Ciater Di Bandung

Bandung memang punyai banyak lagi tarikan pelancongan wisata yang menarik. Salah satunya ialah Sari Ater Hot Spring Resort di Ciater, Bandung. Lokasi Sari Ater Hot Spring ini terletak kira-kira 27 kilometer dari Kota Bandung. Ia berada dalam kawasan tanah tinggi dan berbukit bukau. Oleh kerana jalannya yang banyak corner sana, corner sini, anda memerlukan masa sekitar 1 jam untuk ke sana.
Anda di nasihatkan untuk singgah di sini sekembalinya anda dari trip ke Tangkuban Perahu kerana ia terletak dalam perjalanan pulang menujun Bandung. Kira tak jauh dari Tangkuban Perahu, anda akan jumpa Sari Ater Hot Spring Ciater ini.
Sari Ater Hot Spring ini ialah sungai unik yang mempunyai saluran air pans hot spring yang datang dari kesan Gunung Berapi sekitar Bandung. Kalau di Malaysia Kolam Air Panas, tetapi di sini ia berbentuk sungai dan mengalir. 
Tiket masuk ke Sari Ater Hot Spring ini sekitar IDR19,000 (RM6.50) seorang dan bayaran juga akan dikenakan kepada kereta, motor atau bas yang masuk parkir di kawasan ini. Tempat parkir memang luas, jadi kalau anda datang memandu sendiri, memang tak jadi masalah.

Nak mandi di Sari Ater Hot Spring pun boleh, cuma masa MrJocko ke sana, kami tak bawa kelengkapan untuk mandi manda. Sebab tu, kami singgah untuk rendam kaki jer la. Memang best layan air panas di Sari Ater Hot Spring ini memandangkan kawasan Ciater ini memang suhu agak sejuk. Mungkin masa tu suhu sekitar 20 darjah celcius, jadi kalau layan hot spring ini tak la rasa berpeluh sangat.

Pasal makanan jangan risau sebab kat sini ada restoran menjual makanan Halal. Begitu juga dengan hotel atau resort. Anda boleh pilih untuk bermalam di Sari Ater Hot Spring Resort Ciater ini atau menginap di bajet motel yang ada sekitar kawasan ini. Kalau di Sari Ater Hot Spring Resort ini, harga bilik agak mahal, tetapi ramai yang kata servis memang terbaik.
Satu tips untuk anda kalau nak bergambar dengan maskot yang ada sekitar Sari Ater Hot Spring ini ialah anda kena pandai tawar menawar, atau ambil gambar secara berkumpulan. Sebabnya, mereka ini akan kenakan charge sekitar IDR1000 atau IDR2000 untuk bergambar. Jadi kalau anda nak jimat, ramai-ramai ambik gambar dengan maskot ini, jadi cuma bayar IDR1000 sahaja.
Tapi kalau anda tak kisah, boleh sahaja beri IDR1000 sebab nilainya sama macam RM0.35 sahaja🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s