Pemandangan Indah Kota Brisbane Di Waktu Malam

Sekiranya anda berkesempatan melancong ke Brisbane, anda mesti ambil kesempatan untuk menikmati pemandangan waktu malam yang indah di kota Brisbane ini.  Pengalaman sendiri MrJocko yang berkunjung ke Brisbane pada tahun 2010 memang best. Peluang menyusuri bandar Brisbane menaiki Feri Citycat memang best.
Apa yang menarik di Brisbane
Banyak yang menarik di Brisbane tetapi antara yang sempat MrJocko alami ialah menikmati pemandangan waktu malam di Brisbane. Cara paling mudah ialah dengan menyusuri bangunan-bangunan pencakar langit di Brisbane menggunakan Citycat.

Secara jujur MrJocko boleh katakan, pemandangan waktu malam di Brisbane antara pemandangan tercantik yang pernah MrJocko sendiri alami. Kiri kanan sungai di tengah bandaraya Brisbane memang menarik dengan limpahan lampu dan neon yang menyinari bangunan di sana. Dengan suasana yang dingin, ia memang pengalaman terbaik.

Di tebing sungai, banyak jeti disediakan untuk tempat bot dan feri berlabuh. Binaan di tebing sungai pula memang teratur, kemas dan cantik. Memang kawasan di Brisbane bersih dan airnya masih lagi dijaga dari pencemaran. 
Teringin sekali lagi untuk ke Brisbane menaiki feri Citycat. Bila agaknya berkesempatan ke sana membawa keluarga bersama. Nak juga kongsi pengalaman melihat pemandangan indah kota Brisbane di waktu malam bersama wife dan anak-anak. Harap tahun depan ada rezeki lebih dan boleh bawa mereka sama-sama ke bandaraya Brisbane.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s