Kraftangan Pusat Ukiran Chan Umar Bukittinggi

Selain dari Pusat Pandai Sikek di Bukittinggi, di kawasan yang sama ada Pusat Kraftangan mengukir kayu yang terkenal diberi nama Ukiran Chan Umar. Pusat yang menjalankan aktiviti mengukir kayu ini memang terkenal di daerah Bukittinggi.  Tuan punya pusat ini bernama Bapak Chan Umar, seorang Orang Kelainan Upaya tetapi memang sangat berbakat dalam bidang mengukir kayu.
Di pusat ukiran kayu secara tradisional ini,  Bapak Chan Umar turut mengembangkan bakat dan skill yang ada padanya kepada penduduk tempatan yang bekerja dibawah seliaan Bapak Chan Umar.

Banyak jenis ukiran kayu yang ada di sini, dari frame gambar, frame tingkap, sehinggalah kepada ukiran kayu untuk sebuah pintu rumah. Semua boleh di buat dan ditempah di sini dengan harga yang memang murah.
Satu Ukiran Frame Gambar biasanya disiapkan dalam masa beberapa hari, Frame Tingkap dalam masa 1 minggu dan Pintu Rumah disiapkan dalam masa hampir sebulan, kesemuanya bergantung kepada saiz dan corak yang di tempat oleh pelanggan.

Kalau ke Ukiran Chan Umar di Bukittinggi ini, boleh la beli kraftangan yang ada di sini sebagai kenangan. Kalau nak tempah khas pun boleh, tidak ada masalah kerana boleh di hantar sampai ke Malaysia dengan kos yang berpatutan.
Hasil kerja di Ukiran Chan Umar ni agak kemas dan halus. Bayangkan betapa tekun nya mereka buat untuk hasilkan corak dan rekaan ukiran yang cantik. Kalau MrJocko buat, tak sampai sehari dah terus tak nak buat…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s