Air Terjun Lembah Anai Padang – Bukittinggi

Sepanjang perjalanan dari Padang ke Bukittinggi sebenarnya banyak pemandangan yang menarik boleh anda nikmati. MrJocko secara peribadi, tak tidur sangat sepanjang perjalanan dari Padang ke Bukittinggi Sumatera kerana mahu saksikan sendiri pemandangan kiri dan kanan sepanjang perjalananan yang memakan masa lebih dari 2 jam ini.
Antara lokasi yang boleh anda singgah jika dari Padang ke Bukittinggi ialah di Air Terjun Lembah Anai. Ia terletak di tepi jalan besar dan boleh nampak dari jauh. Lokasi Air Terjun Lembah Anai ini sesuai untuk dijadikan tempat Rehat dan Rawat (RNR) kalau anda memandu dari Padang ke Bukittinggi. Ada gerai makanan dan juga kawasan parkir. 

Kawasan Air Terjun Lembah Anai ni masih lagi di kategorikan sebagai Hutan Dara yang masih belum tercemar. Lihat air yang mengalir, memang jernih dan bersih. Boleh mandi manda kat sini, namun tak kelihatan pula sesiapa yang mandi. Mungkin ramai yan gsekadar singgah untuk melepaskan penat setelah memandu berkilometer.

Air Terjun Lembah Anai ni memang unik kerana kedudukannya yang berada ditepi jalan besar. Kalau lalu kawasan ini, mesti singgah dan bergambar. Pemandangan kat sini cantik jugak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s