Saksikan Final World Cup 2014 Germany Vs Argentina Di ASTRO

Seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk merasai kepuasan tontonan perlawanan akhir PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL™ (Final World Cup 2014 Germany vs Argentina) menerusi platform TV dan digital Astro. 
Acara sukan terbesar dunia yang mula membuka tirai pada bulan lepas kini telah pun tiba ke kemuncaknya apabila dua pasukan gergasi iaitu Final World Cup 2014  Germany vs Argentina dalam perlawanan akhir pada 14 Julai 2014, jam 3.00 pagi waktu Malaysia. 
Live Streaming Final World Cup 2014 Germany vs Argentina

Pelanggan Astro yang mempunyai ‘Football Pass’ akan dapat menonton perlawanan tersebut di Astro saluran 821 dalam definisi standard (SD) dan Astro saluran 841 dalam definisi tinggi (HD) serta menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro Go 2014 FIFA World Cup™ App dan Web Player ataupun Astro on the Go. 
Bagi pelanggan Astro yang tidak memilik ‘Football Pass’ dan pelanggan NJOI boleh menyaksikan perlawanan ini menerusi Astro Arena saluran 801 dengan ulasan perlawanan dalam Bahasa Malaysia. Bagi mereka yang bukan pelanggan Astro juga boleh menonton perlawanan akhir ini SECARA PERCUMA menerusi platform Astro on the Go di onthego.astro.com.my atau aplikasi Astro on the Go untuk peranti tablet dan telefon pintar dengan sistem operasi iOS dan Android. 
Jurucakap Astro berkata, “Kini rakyat Malaysia menonton Piala Dunia FIFA 2014 di mana sahaja! Aplikasi Astro on the Go yang telah dimuat turun lebih 900 ribu kali dan telah menyaksikan kenaikan sebanyak 80 ribu muat turun sejak bermulanya Piala Dunia sejak Jun yang lepas. Rata-rata rakyat Malaysia mendapati ianya memudahkan mereka tatkala mereka dapat menonton perlawanan-perlawanan Piala Dunia secara langsung walau di mana jua. Kami menjangkakan peningkatan yang berterusan dalam muat turun aplikasi ini pada hujung minggu yang berlangsungnya perlawanan akhir kerana mungkin ramai yang akan berada di luar rumah pada hujung minggu ini”.
Untuk maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.stadiumastro.com atau hubungi 1 300 82 3838.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s