Kemeriahan D’Football Festival Central Park Avenue One Utama

Malam kemuncak Perlawanan Akhir bolasepak Piala Dunia 2014 Brazil kini telah tiba dan ia diraikan dengan D’Football Festival One Utama. Ribuan peminat telah berkumpul di Central Park Avenue, One Utama untuk sama-sama dengan rakan dan keluarga menyaksikan Final World Cup 2014 antara pasukan Germany vs Argentina. Festival Bolasepak ini bermula sejak dari jam 6.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.30 pagi.
MrJocko turut bersama-sama beberapa rakan untuk sama-sama menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 Germany vs Argentina ini di Skrin Gergasi Central Park Avenue sempena dengan sambutan D’Football Festival ini.

D'Football Festival One Utama

D'Football Festival One Utama

D'Football Festival One Utama
MrJocko mula daftar masuk ke D’Football Festival One Utama ini pada jam 12.00 tengah malam. Selepas meja pendaftaran sahaja sudah riuh rendah dengan aksi beberapa peminat bolasepak Malaysia sedang berusaha keras untuk menewaskan Penjaga Gol Terbaik Dunia ‘ROBOKEEPER’. Robokeeper adalah robot penjaga gol yang mempunyai kehebatan menewaskan ramai pemain bolasepak dunia yang hebat seperti Neymar, Messi, Ronaldo, Figo dan ramai lagi. Peluang anda untuk membolosi Robokeeper memang tipis. Tak percaya, cuba lah…

D'Football Festival One Utama
Di ruang tengah berhadapan skrin gergasi ada banyak ‘game’ disediakan untuk pengunjung sementara menunggu kick start Final Piala Dunia 2014 Germany vs Argentina. Mereka boleh mencuba speed shoot, sharp shooter, dribbles, soccer bowling dan juga termasuk robokeeper. Ramai nampaknya beratur untuk menguji dan menunjukkan kehebatan masing-masing dalam game yang disediakan. Yang berjaya dalam permaianan tersebut akan menerima saguhati dari pihak penaja.

D'Football Festival One Utama

D'Football Festival One Utama

D'Football Festival One Utama
Setiap pengunjung diberikan Kupon Minuman Percuma. Mereka cuma beli makanan di dalam D’Football Festival jika mahu. Ada menu Burger Bakar, ada Pizza, ada Hot Dog dan macam-macam lagi dijual di dalam festival bolasepak ini. Sudah pasti anda akan selesa kerana menonton di skrin besar terbuka, sambil menikmati minuman dan makanan kegemaran di Final World Cup 2014.

D'Football Festival One Utama

D'Football Festival One Utama
Pihak penganjur juga menyediakan khidmat Face Painting bagi pengunjung Football Festival One Utama secara percuma. Anda cuma perlu beratur dan pilih design Face Painting mana yang anda mahu. Samada anda penyokong Germany atau Argentina, dua dua punyai design Face Painting yang menarik. Nak full face atau half face painting, semua boleh.

D'Football Festival One Utama

D'Football Festival One Utama
Di pentas utama, sementara menunggu perlawanan akhir, ada ramai artis-artis tanah air yang turut sama datang memeriahkan D Football Festival ini termasuk Jun Yong dan Hunny Madu sebagai pengacara, DJ Patricia K, Nick Haydez, Kayda, Joe Flizzow, Altimet dan ramai lagi.
Namun, dalam banyak-banyak aktiviti, paling menarik tumpuan ialah Peraduan Guess The Ball dan Menang Mini Cooper Countryman. Hadiah ini memang menarik di mana jika anda tepat menjawab berapa biji bola yang ada di sekeliling Mini Cooper Countryman pada malam tersebut, anda akan berjaya membawa pulang sebuah Mini Cooper Countryman.
Ternyata, ramai yang mengambil bahagian dan masing-masing begitu serius mengira dan menjawab berapa biji bola yang ada di sana. MrJocko ambil peluang juga, dan tekaan MrJocko 989 ini hampir tepat dengan jawapan sebenar.

Guess The Ball D'Football Festival One Utama

D'Football Festival One Utama
Kemuncak acara ialah sewaktu kick start game Akhir World Cup 2014 antara Germany vs Argentina. Sini dan sana riuh rendah dengan sorakan penyokong kedua belah pasukan. Sudah pasti MrJocko dengan sorakan kepada pasukan Germany. Setiap kali pasukan pilihan membuat serangan, semua teruja dan bersorak kemeriahan. Sangat meriah dan ‘happening’.
Namun Final World Cup 2014 Brasil kali ini berakhir dengan 90 minit pertama tanpa jaringan. Perlawanan terpaksa di tunda kepada pemainan masa tambaha 30 minit. Dan akhirnya beberapa minit sebelum masa tambahan kedua tamat, Gotze, pemain Germany berjaya memperdayakan penjaga gol Argetina seterusnya memberikan gol kemenangan kepada Germany dengan menewaskan Argentina dengan jaringan Germany 1 – 0 Argentina. Keputusan penuh perlawanan Germany Juara World Cup 2014.

D'Football Festival One Utama

Football Festival One Utama

Football Festival One Utama
Untuk Peraduan Guess The Ball, nampaknya brader Kumar berjaya membawa pulang Mini Cooper Countryman selepas menewaskan seorang lagi peneka bola yang tepat iaitu sebanyak 957. 
Kenangan meraikan kemuncak Final Piala Dunia 2014 di One Utama ini memang antara event terbaik MrJocko. Santai bersama rakan-rakan dan kenalan baru menyaksikan Final Piala Dunia 2014 di skrin gergasi outdoor sambil menikmati burger bakar dan minuman antara pengalaman World Cup 2014 terbaik. Paling meninggalkan kesan, pasukan pilihan MrJocko, Germany berjaya menjulang JUARA WORLD CUP 2014.
Memang benar, bola sepak antara sukan yang boleh menyatukan penyokong di seluruh dunia tanpa mengira umur, bangsa, agama dan status. Trad3mark sebagai penaja dan organizer D’Football Festival berbangga kerana dapat menganjur Festival Bolasepak One Utama ini dengan jayanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s