Review Hotel : Mifuki Hotel, Ho Chi Minh City

Teringat kisah trip kami sekeluarga ke Ho Chi Minh City pada tahun 2012 yang mana ia antara percutian family ke negara Vietnam, negara tinggalan Perang Dunia Kedua terbaik pernah MrJocko lawati. Kini Ho Chi Minh sudah semakin maju dan tarikan utama pelancong ke sana ialah kerana sejarah dan tinggalan Perang Dunia Kedua di samping lokasi pelancongan tradisional dan asli yang masih lagi wujud di sana.
MrJocko dan famili menginap di sebuah Butik Hotel yang dikenali sebagai Mifuki Hotel, terletak kira-kira 100 meter sahaja dari Pasar Ben Thant.
Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel
MrJocko tempah bilik awal menggunakan promosi di Groupon masa tu. Harga asal bilik Deluxe yang tertera ialah sekitar VND 1,828,000 (RM275), tetapi dapat diskaun, MrJocko bayar sekitar RM100 sahaja untuk satu malam di Mifuki Hotel. Untuk pakej yang MrJocko ambil, kami ditawarkan sekitar RM300 untuk 4 hari 3 malam di Mifuki Hotel dengan disertakan sarapan pagi dan pengangkutan percuma dari Airport ke Hotel pada hari pertama.

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel
Bilik Deluxe yang kami dapat memang besar. Dua Katil digabungkan ia menjadi satu saiz katil yang memang besar dan lebar. Ruang bilik memang memanjang dan mempunyai meja bacaan di tepi tingkap. Bilik air juga memang besar dilengkapi dengan Tab Mandi. Bilik ini juga dilengkapi dengan Safe Box dan juga Almari sederhana. Sudah tentu ada LCD TV yang mempunyai siaran TV Utama di Vietnam.

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel
Kedudukan bilik yang berada di tingkat satu dan menghadap jalan raya agak menarik kerana dari bilik kami boleh meninjau apa yang berlaku di luar hotel dengan mudah. Banyak hotel butik di sekitar Ho Chi Minh hanya mempunyai 3 hingga 4 tingkat sahaja dan ia sangat bersesuaian untuk anda yang mempunyai bajet inap yang sederhana.
Tambah pula, setiap pagi, kami disediakan sarapan pagi dari pihak hotel di tingkat atas, open space. Menu kami cuma makan buahan dan roti sahaja kerana di hotel sekitar Ho Chi Minh, memang susah nak dapatkan menu yang halal.

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel

Cheap Hotel in Ho Chi Minh, Mifuki Hotel
Lobby hotel di Mifuki Hotel Ho Chi Minh ini sememangnya menarik. Kalau sekali pandang, umpama lobby hotel bertaraf 5 bintang. Ini semua sebagai daya penarik kepada pelancong supaya menginap di hotel mereka. Servia kaunter dan room servis memang terbaik. Tekan no receptionist sahaja, minta air panas, sterika atau apa-apa sahaja, anda akan di layan dengan segera.
Untuk anda yang nak ke Ho Chi Minh, banyak hotel butik yang ada di sana. Namun, kalau nak cuba menginap di Mifuki Boutique Hotel ini, MrJocko memang sangat-sangat mengesyorkan anda membuat tempahan awal kerana untuk memudahkan trip anda ke sana.
Selamat melancong ke Ho Chi Minh City, Vietnam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s