Review Hotel : Damai Laut Swiss Garden Golf Resort And Spa

Perak, sebuah negeri yang sebenarnya mempunyai banyak lokasi pelancongan yang tak ramai terokai kerana mungkin sebelum ini kurang promosi. Yang mungkin ramai kita tahu, hanya Pulau Pangkor, Lumut, Menara Condong dan Kellie’s Castle. Namun, ada lagi tempat menarik di Perak seperti Tasik Banding, Royal Belum, Kota Tampan, Kuala Gula Bird Park, Taiping dan banyak lagi.
Antara lokasi percutian pantai pilihan di Perak ialah Lumut. MrJocko pernah 2 kali menginap di Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Pekan Lumut. Lokasi Swiss Garden Golf Resort and Spa ini memang tenang dan merupakan lokasi percutian keluarga terbaik di Perak jika anda sukakan pantai dan laut.

MOF Treasure Hunt KL – Lumut 2011
Show MrJocko and The Gang (FIONA) Di Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa

Swiss Garden Golf Resort and Spa Lumut
Semasa di Swiss Garden Golf Resort dan Spa, MrJocko menginap di bilik Deluxe mengadap taman. Harga publish di laman web Swiss Garden Golf Resort and Spa hanya RM208 Best Rate. Bilik ini mempunyai 2 katil single dan ruang bilik yang luas. Kalau nak occupied 4 orang, 2 Dewasa dan 2 kanak-kanak pun masih lagi selesa.

Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa

Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa

Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa
Selain penginapan, di Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa ini mempunyai kemudahan kolam renang, kedai serbaguna, restoran dan bar, dewan serbaguna, gymnasium, pusat sukan outdoor dan banyak lagi. Anda boleh ikuti mana satu pakej aktiviti yang anda mahu bersama keluarga semasa menginap di Damai Laut Swiss Garden ini.
Yang pasti, kawasan resort ini memang tenang dan jauh dari hiruk piruk kota serta kebisingan. Anda hanya akan mendengar deruan ombak dan angin laut semasa berada di sini.
Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa

Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa

Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa
Damai Laut Swiss Garden Golf Resort and Spa ini antara lekoasi percutian yang berbaloi kerana kedudukannya tidak la jauh dari Kuala Lumpur. Hanya 3 jam memandu anda sudah boleh sampai di resort ini. Tambahan pula, anda boleh memilih untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor kerana kedudukannya yang dekat dengan pulau percutian Pulau Pangkor yang terkenal di Perak.

1 komen pada “Review Hotel : Damai Laut Swiss Garden Golf Resort And Spa”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s