Review SJ4000 Sports Camera 1080P : Unboxing

Trend untuk traveller masa kini, ramai yang suka guna Kamera Aksi ataupun ‘Sports Camera’ untuk merakam video atau gambar. Antara sebabnya ialah kamera video jenis ni senang dibawa dan ia adalah kalis air. Oleh sebab itu, kamera aksi jenis ini senang untuk digunakan walau dalam keadaan apa sekalipun.
MrJocko decided untuk dapatkan satu unit kamera aksi untuk kegunaan trip yang akan datang. Ini semua hasil INCOME DARI BLOG bulan JUN 2014. Memang niat di hati ingin nak dapatkan kamera video GoPro Hero3 Black Edition, namun harga untuk jenis ini masih lagi mahal, dijual sekitar RM1499 untuk set lengkap. Jadi untuk pilihan terbaik, MrJocko dapatkan kamera aksi model SJ4000 Full HD 1080P. 
review SJ4000 vs GoPro Hero3

review SJ4000 vs GoPro Hero3
SJ4000 Full HD 1080P buat masa ini dijual dengan harga sekitar RM300-RM350 di sekitar Kuala Lumpur. Harganya jauh lebih murah berbanding model GoPro Hero3 terkini. Tambahan pula, model SJ4000 ini memang ada banyak kelebihan berbanding model GoPro. 
Untuk model SJ4000 ini ia datang dalam set lengkap untuk anda gunakan dalam kegunaan biasa, dalam air, berbasikal atau ride, juga anda boleh gunakkan untuk aksi sukan lasak lain dengan melekatkannya di tangan atau di helmet jika perlu.

review SJ4000 vs GoPro Hero3

review SJ4000 vs GoPro Hero3
Kalau dibuat perbandingan mengikut pembacaan dan juga survey MrJocko, ada beberapa ciri perbezaan antara model GoPro dan SJ4000 ini. Antaranya :
Action Camera GoPro Hero3
1. Kualiti gambar dan juga video Full HD (12Mp dan 1080P) yang terbaik. 
2. Rakaman suara untuk GoPro juga adalah lebih baik dari kamera aksi model lain. 
3. Wifi Connected
4. Bateri 1050mAh
Action Camera SJ4000 Full HD 1080P
1. Kualiti gambar dan video (12Mp dan 1080P) kurang sedikit sahaja berbanding GoPro.
2. Rakaman suara juga kurang sikit berbanding GoPro.
3. Set lengkap untuk pelbagai aksi sukan lasak atau untuk kalis air.
4. Boleh Optical Zoom sehingga 4X
5. Ada Timer Set
6. Mini Skrin
7. Harga yang murah
8. Tiada Wifi
9. Bateri 900mAh
Jadi secara keseluruhannya, sudah pasti kalau anda memilih kualiti, GoPro Hero3 adalah pilihan anda. Namun jika anda jenis yang tak kisah dan ingin jimat hampir 3 kali ganda, kamera aksi SJ4000 Full HD 1080P ini sudah pasti pilihan yang terbaik untuk anda.
InsyaAllah, jika anda kesempatan MrJocko akan kongsikan review Gambar dan Video menggunakan SJ4000 ini di Facebook, Instagram dan juga Blogpost. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s