Menu Halal Tokyo : Spice Road Shinjuku

Tokyo sememangnya bandaraya yang besar dan lokasi pilihan ramai pelancong. Walaupun bandaraya ini, di antara bandaraya yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi, masih ramai yang ingin melawat Tokyo kerana ia mempunyai banyak tarikan pelancongan serta suasana bandar yang berbeza dan juga unik.
Antara yang menjadi masalah kepada pelancong Muslim, ialah untuk mendapatkan makanan halal di Tokyo. Sebenarnya, di Tokyo banyak lokasi menu makanan Halal. Cuma ia mungkin tidak terkenal dan jarang menjadi tumpuan kerana tidak banyak info tentang makanan halal di Tokyo.
Antara restoran yang menyediakan menu halal di Tokyo ialah di Spice Road, International Food and Bar di Shinjuku. Ia terletak berdekatan dengan kota unik Shinjuku, Tokyo. Di Spice Road ini ada beberapa restoran yang menyediakan menu masakan halal dari Lubnan, Turki dan juga India.

Muslim Halal Restoran in Japan Spice Road Shinjuku
Masa MrJocko ke sana, kami berkesempatan untuk mencuba menu masakan ala Indian Muslim di Spice Road ini. Menu utama ialah ayam goreng berempah dan juga daging lembu. Menu sampingan lain termasuk dhal kacang kuda serta vadai.
Bila dan sehari tak jumpa makanan seperti kari di Tokyo, sudah pasti menu masakan Indian Muslim ini akan menyelerakan. Memang besar, semua rakan-rakan memang kenyang dengan menu masakan makan malam kami di Spice Road, Shinjuku ini. Maklumla, menu makan Jepun kan selalunya sikit dan kurang rasa. Jadi bila kena kari ayam, sudah pasti la menyelerakan sehingga menjilat jari.

Muslim Halal Restoran in Japan Spice Road Shinjuku

Muslim Halal Restoran in Japan Spice Road Shinjuku

Muslim Halal Restoran in Japan Spice Road Shinjuku

Muslim Halal Restoran in Japan Spice Road Shinjuku

Untuk anda yang mencari lokasi Spice Road Shinjuku ini, anda boleh follow alamat ini :
Spice Road International Food and Bar
Shinjuku
I-Land Tower
B1 Patio
6-5-1 Nishi-Shinjuku
Tokyo
Tel : (03) 3343 3783

Jenis Restoran : Indian Muslim

Waktu Operasi : Di buka 7 hari seminggu dari jam 11am – 10pm

Cara Ke Sana : 10 minit jalan kaki dari Shinjuku Train Station atau 5 minit jalan kaki dari Nishi-Shinjuku Station Train Station

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s