Tempat Shopping Best : Ameyayokocho Street Tokyo

Bandaraya Tokyo sememangnya mempunyai banyak lokasi shopping yang menarik. Antaranya ialah di Ameyayokocho Street, satu kawasan dengan Ueno Street. Kat sini memang menjadi tumpuan pelancong dan juga masyarakat tempatan. Ada yang mengatakan Ameyayokocho Street berada dalam kawasanan Ueno Street.
Di Ameyayokocho Street ini ada pelbagai barang yang dijual. Ia mempunyai beberapa lorong yang bercantum dan terkenal di kawasan Ueno Street. 
Ameyayokocho Street Tokyo

Ameyayokocho Street Tokyo

Ameyayokocho Street Tokyo

Ameyayokocho Street Tokyo
Kalau anda nak masak menu masakan seafood, boleh cari Udang Harimau dan Udang Laut yang bersaiz XXL kat sini. Ada juga seafood lain yang dijual, tetapi jarang tengok seafood jenis ini di Malaysia selain dari beberapa jenis Udang Harimau yang memang kelihatan segar.
Di beberapa kedai selepas itu ada dijual pelbagai jenis pakaian t-shirt dan jugak seluar fesyen terkini. Maklum lah, orang Jepun memang mengutamakan fesyen, walaupun seorang lelaki. Jadi kalau nak bergaya, kat sini ada banyak rekaan baju kemeja, t-shirt dan seluar dengan rekaan ‘up-to-date’.

Ameyayokocho Street Tokyo

Ameyayokocho Street Tokyo
Ada kedai jual barangan cenderahati, barangan sukan seperti kasut sukan, pakaian sukan, malah ada kedai menjual set golf lengkap untuk peminat golf.  Ada pelbagai jenama dan pelbagai kualiti. Begitu juga barangan antik seperti Kamera ini. Cuba lihat? Ia antara model kamera yang lama. Kebanyakkannya masih menggunakan filem dan masih berfungsi dengan elok.
Jangan terkejut, kat sini pun ada dijual pistol. Bukan pistol mainan, tetapi pistol yang original dan dijual dengan peluru. Tapi katanya, anda perlu lesen kalau nak beli pistol kat sini. Betul atau tidak tak pasti kerana tak berani nak tanya🙂

Ameyayokocho Street Tokyo
Semestinya, kalau dah sampai ke Ueno Station dan juga Ueno Street, anda mesti singgah di Ameyayokocho ini untuk membeli belah barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Walaupun harga barangan di Tokyo memang mahal, tetapi di kawasan ini harga memang berbaloi dan murah dari harga di shopping mall.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s