Raya Tahun Ni Kami Balik Kampung JB

Tahun ni 2014, Hari Raya Aidilfitri turn untuk balik kampung di Johor Bahru. Memandangkan sejak Jumaat dan Sabtu, ramai member mengeluh akibat tersekat dalam kesesakkan jalanraya berjam-jam. Ada yang balik Kelantan tahun ni sangkut sehingga 15 jam. Teruk betul.

MrJocko ambil keputusan balik kampung Johor Bahru pada hari ni, Ahad sebab tak nak bersesak dengan orang lain yang nak balik awal. Alhamdulillah, tadi kami gerak jam 11.00 pagi dari KL melalui tol Jalan Duta dan lancar sahaja melepasi USJ, Dengkil, Seremban, Simpang Empat sehingga ke tol Skudai, Johor Bahru.

 

Balik kampung JB

 

Kami rehat hampir sejam di RnR Bemban, tidur kejap dan teruskan perjalanan ke Johor Bahru. Kami sampai di tol Skudai jam 5.00 petang, dan sempat singgah di Plaza Angsana untuk last minutes shopping.

Untuk kawan-kawan yang ada di JB, jom lepak pekena Steamboat di Stulang. Lama tak pekena steamboat kat sana. Ada berani?

 

Beraya di JB

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s