Raya Ketiga Di Melaka Dan Buah Rambutan

Raya Ketiga, kami dah bergerak ke Melaka. kali ni singgah beraya di Masjid Tanah. Dah lama tak singgah sini, hampir setahun. Kali ni, rezeki kami singgah sambil tengok banyak buah rambutan tengah masak ranum. Ada macam-macam jenis lak tu.
Si Kakak Khalish dan Hasya memang jarang dapat peluang untuk kenal pokok rambutan ni. Bila nampak jer pokok yang penuh dengan buah rambutan kuning (Rambutan Gading), masing masing teruja nak petik. 

Semua diorang nak petik, tapi tak nak makan. Nak petik ajer katanya. Alih-alih lepas tengok kat pokok tu ada semut, semua dah takut nak petik.
Budak-budak yang dah biasa duk bandar, bila sekali sekala balik kampung, suka la diorang. Benda baru bila dapat tengok pokok buahan. Benda best bila dapat main kejar-kejar dengan ayam itik. Nampaknya, kalau lama-lama tak balik kampung, lembu dan kerbau mesti anak-anak MrJocko tak kenal.
Nak kena cari masa cuti panjang sekali lagi, ingat nak balik kampung Kelantan la esok lusa🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s