Bagus Ke Susu Kambing Untuk Kucing

Sekiranya anda ada memelihara kucing lebih-lebih lagi kucing parsi, anda mesti pernah dengan banyak makanan tambahan untuk kucing parsi anda. Ini kerana, banyak makanan tambahan seperti hair control, brew yeast, vitamin dan macam-macam lagi adalah untuk kesihatan dan kecantikkan kucing parsi anda.

 

Vitamin untuk kucing MrJocko dah cuba, Yeast untuk kucing pun MrJocko dah cuba dan Royal Canin Hair Control pun MrJocko dah cuba. Kali ini, MrJocko mencuba Susu Kambing untuk minuman tambahan kucing selepas Kitty beranak sebulan yang lepas.

 

Kitty semasa MrJocko ambik dari owner yang lama, keadaan badannya amat kurus. Boleb rasa tulang dan ia nampak kembang hanya kerana bulunya yang tebal dan panjang. Masa tu MrJocko bagi makan makanan ‘kitten food’ dan juga vitamin tambahan untuk membantu menaikkan selera makannya.

 

 

Susu Kambing Untuk Kucing

Susu Kambing Untuk Kucing

Susu Kambing Untuk Kucing

 

Kini, selepas beranak kali kedua pada 7 Julai lepas, nampaknya badan Kitty semakin berisi. Sekarang MrJocko dah mula beri makan makanan ‘food kitten’ untuk penghadaman nutrisi yang lebih cepat.

Susu Kambing untuk kucing ini pula adalah untuk minuman tambahan dan ia mempunyai Taurine yang bagus untuk kesihatan kucing.

MrJocko pernah bagi Kitty minum Susu Kambing beberapa bulan lepas dan hasilnya memang memuaskan. Susu Kambing untuk kucing ini agak mahal kerana dijual sekitar RM6.90 bagi setial 200ml. Cukup untuk 2 kali kegunaan seekor kucing dewasa macam Kitty.

Pendapat MrJocko, cukup beri kucing minum susu kambing sebulan sekali untuk minuman tambahan mereka. Taurine dalam susu kambing ini boleb membantu untuk kesihatan kucing anda.

Elakkan beri kucing anda minum susu isian pekat atau susu lembu. Pastikan kalau nak beri susu kepada kucing, dapatkan susu kambing di pasaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s