Jadi Pelabur Bijak, Simpan Dan Melabur Di Institusi Kewangan Berlesen

Mungkin ada yang masih belum tahu yang kerja utama MrJocko sebagai Financial Planner. Alhamdulillah, MrJocko berpeluang bekerja selama 12 tahun di Bank Negara dan sekarang sudah 2 tahun lebih menguruskan Agensi Perunding Kewangan sendiri yang menyediakan khidmat nasihat perundingan Pelaburan Unit Amanah dan juga Takaful Perlindungan dan Persaraan.
Contoh Pelaburan Dalam Unit Amanah
Rata-rata kita orang Malaysia, khususnya orang Melayu ramai yang kerja makan gaji. Ada yang bergaji besar, tetapi masih ramai orang kita, Melayu yang mempunyai pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM5,000 setiap bulan. Cara hidup dan gaya gidup di Kuala Lumpur khususnya lebih mencabar dan tough. Oleh itu, ambik peluang dan paksa diri simpan dan labur duit anda ke dalam pelaburan yang sah.
Musim selepas raya ini, anak-anak biasanya ada menerima koleksi duit raya yang banyak, jangan bazirkan. Simpan dalam tabung pelaburan yang sah dan pilih la samada anda nak menabung di ASB, Unit Amanah ataupun Takaful Investment Link.
Pengalaman MrJocko sendiri menabung untuk simpanan anak-anak sejak berusia 2 tahun, hasilnya amat memberangsangkan. Dengan purata distribution (Pembahagian Untung Dalam Shariah) sekitar 10%-12% setahun, ia memang antara pelaburan terbaik. Jangkaan MrJocko dengan simpanan secara konsisten sebanyak minima RM100 setiap bulan selama 18 tahun, InsyaAllah, jumla yang terkumpul mungkin akan mencecah RM60,000 – RM75,000. Jumlah tersebut cukup la untuk bayaran Yuran Pendaftaran beberapa Semesta jika anak-anak kita belajar di Universiti tempatan. 
Bila Masa Terbaik Untuk Melabur??? Tak payah tanya, simpan sekarang. Start dengan jumlah yang kecil kalau tak ada, janji kita konsisten melabur.
Bagi yang berminat nak melabur dalam Emas,,, mungkin boleh baca sedikit PANDANGAN Peribadi MrJocko melalui penulisan yang lepas :
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s