Kempen Samsung Sukan Asia Ke-17 Incheon 2014 Media Conference

Samsung Electronics sedang giat dalam usaha memberi sokongan padu kepada kempen Sukan Asia Ke-17 di Incheon, Korea Selatan yang akan bermula pada 19 September 2014 sehingga 4 Oktober 2014 nanti. Hari ini, 6 Ogos 2014, Samsung Malaysia mengadakan pengumuman rasmi tentang butiran lengkap kempen ini yang menggunakan tema ‘Sukan Kita, Kebanggaan Kita’ (Our Games, Our Pride).
Bagi menjayakan lagi kempen Our Games Our Pride ini Samsung Malaysia akan menggandakan usaha untuk membawakan pengalaman Sukan Asia kepada penonton di seluruh Asia dengan membawakan inisiatif kempen Team Samsung Malaysia, Samsung Global Casters dan juga Program Anugerah MVP Samsung.

17th Asian Games Incheon 2014

17th Asian Games Incheon 2014

17th Asian Games Incheon 2014
Samsung sekali lagi berbangga untuk memainkan peranan sebagai Rakan Prestij Sukan Asia Ke-17 di Incheon dan mereka akan berkerja keras untuk menjamin kejayaan acara sukan global ini. Menerusi teknologi pintar Samsung, mereka berharap dapat membawakan pengalaman inovatif dan interaktif kepada peminat di seluruh Asia, menyebarkan semangat kesukanan untuk memberi dorongan serta inspirasi.
Program Team Samsung menghimpunkan 26 atlet terbaik dari pasukan kebangsaan China, Thailand, Malaysia, India dan juga Jordan. Dua wakil Team Samsung Malaysia diumumkan pada hari ini ialah Dato’ Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong. 
Samsung juga telah menubuhkan pasukan ‘Samsung Casters’ untuk menyalurkan aktiviti dan updates semasa pasukan terus kepada peminat sukan di seluruh dunia. Mereka terdiri dari penulis blog professional dari China, Thailand dan Malaysia. Wakil dari Malaysia rakan MrJocko juga iaitu Wilson Ng (www.PlacesAndFoods.com) serta Tian Chad (www.TianChad.com)
  

17th Asian Games Incheon 2014

17th Asian Games Incheon 2014

17th Asian Games Incheon 2014

17th Asian Games Incheon 2014
Sebagai penghormatan kepada atlet terkemuka yang mencatatkan prestasi terbaik di Sukan Asia, samsung telah menyampaikan Anugerah MVP Samsung sejak Sukan Asia Bangkok 1998. Anugerah MVP Samsung ini dianjurkan bersama oleh Majlis Olimpik Asia (OCA), Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Incheon (IAGOC) dan Samsung serta dipilih menerusi undian daripada wartawan dan penyiar bertauliah di temasya sukan tersebut. Atlet terpilih akan menerima Piala Anugerah MVP Samsung pada Acara Penutup Sukan Asia.
Samsung juga mengumunkan pembinaan Pavilion Sukan Asia Samsung berdekatan dengan Stadium Sukan Asia Incheon untuk kemudahan orang ramai. Ia akan menjadi pusat utama bagi semua aktiviti Samsung sepanjang temasya Sukan Asia Ke-17 Incheon 2014. Di Pavilion ini pengunjung akan merasai pengalaman mengikuti acara Sukan Asia menerusi peranti Samsung terkini. Di Pavilion ini juga tersedia Pusat Akhbar Utama dan juga Perkampungan Atlet.
Bagi anda peminat sukan di Malaysia, tunjukkan sokongan anda dengan menggunakan hashtag #TeamSamsungMalaysia untuk menaikkan semangat atlet Malaysia ke Sukan Asia Ke-17 Incheon 2014.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s