Kadar Bayaran Tol Plaza Karak Ke Tol Jabor Lebuhraya Pantai Timur

Hari ini selepas sertai Media Launch Event Sesame Street Live : Elmo Makes Music di One Utama, MrJocko bergegas untuk ke Kuala Terengganu untuk urusan kerja. Oleh kerana malas nak drive sorang-sorang, jadi MrJocko anak Wife dan anak-anak sama-sama ke Kuala Terengganu. Kali ini, kami akan menggunakan sekali lagi Lebuhraya Pantai Timur yang bermula dari Plaza Tol Karak sehingga ke Plaza Tol Jabor di Kuantan.
Kami bermula dari One Utama sekitar jam 2.30 petang dan melalui Lebuhraya Damansara Puchong, MRR2 dan seterusnya memasuki Tol Plaza Gombak. Dari Tol Gombak kami terus sahaja menuju Tol Bentong dan memasukki Lebuhraya Pantai Timur bermula dengan Tol Karak.
Plaza Tol Karak LPT

Plaza Tol Jabor LPT
MrJocko bukan seorang yang suka bawa kereta laju-laju, jadi perjalanan kami hanya dengan kelajuan sekitar 100km/j dan kami singgah di RnR Temerloh sekejap untuk rehat. Dengan kelajuan ini, MrJocko dan family sampai di Tol Jabor sekitar jam 6.00 petang. Jarak antara Plaza Tok Karak LPT ke Plaza Tol Jabor ialah sekitar 170 kilometer dan kami membayar kadar tol RM21 untuk perjalanan sejauh itu di Lebuhraya Pantai Timur.
Memandangkan lebuhraya dari Plaza Tol Jabur ke Plaza Tol Cheneh sudah dibuka, kami cuba untuk menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) ini. Walaupun jarak antara Jabor ke Cheneh hanya 22 kilometer, tetapi ia dapat mempercepatkan sedikit perjalanan kami. Kadar bayaran untuk Jabor ke Cheneh masih lagi PERCUMA.
MrJocko keluar dari Cheneh dan memasuki jalan lama dan ambil Jalan Jerangau Ajil sehingga sampai ke Bukit Besi. Singgah untuk makan malam dan berehat sekejap sebelum kami memasuki Highway LPT Fasa 2 dari Bukit Besi sehingga sampai ke Plaza Tol Kuala Terengganu. Alhamdulillah, lebuhraya LPT Fasa 2 ini dah siap lama dah dan masih lagi PERCUMA.
Kos bayaran Tol kami untuk Lebuhraya Pantai Timur dari Karak, Pahang ke Kuala Terengganu hanya RM21 sahaja. Murah kan???
Kalau anda nak ke Terengganu, memang berbaloi guna LPT dan LPT Fasa 2. Jalan memang masih dalam keadaan terbaik dan memudahkan perjalanan anda. Tunggu sedikit masa untuk siapkan hubungan lebuhraya dari Tol Cheneh sehingga ke Tol Paka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s