Tawaquf Inn Gong Badak, Kuala Terengganu

Sabtu lepas, MrJocko ada urusan kerja di Gong Badak, Kuala Terengganu. Oleh kerana kami sekeluarga datang ke Terengganu, MrJocko terpaksa memilih lokasi inapan yang sesuai di sekitar Gong Badak. Lokasi pilihan kami di Tawaquf Inn, Hotel Bajet di Gong Badak.
Oleh kerana bajet hotel ini telah penuh ditempah dan hanya mempunyai 1 bilik Family Room sahaja, kami terpaksa memilih pakej Family Room tersebut.
Tawaquf Inn terletak sekitar 9.6 KM dari bandar Kuala Terengganu. Kira-kira 10 minit perjalanan bagi kenderaan biasa. Mempunyai 18 bilik berkonsepkan Hotel Bajet dan mempunyai 4 kategori bilik iaitu Single Room, Double single Room, Queen Room, Family Room. 
Hotel Bajet Gong Badak Tawaquf Inn
Hotel Bajet Gong Badak Tawaquf Inn

Hotel Bajet Gong Badak Tawaquf Inn

Hotel Bajet Gong Badak Tawaquf Inn

Hotel Bajet Gong Badak Tawaquf Inn

Tawaquff Inn mempunyai Dua (2) dewan seminar yang boleh menampung 50 orang setiap masa serta setiap bilik lengkap dengan kemudahan Astro, Aircond, dan setiap level mempunyai kemudahan wifi.  Restoran Tawaquf juga terletak di sebelah bangunan operasi kami dan sedia menerima tetamu perseorangan atau berkumpulan. 
Tawaquf Inn ialah sebuah hotel milik bumiputera Muslim sepenuhnya dan hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu serta lokasinya yang berhadapan Kompleks Sukan Gong Badak. 
Pakej Tawaquf Inn bermula dari RM78 sahaja dan mempunyai Family Room dengan 2 katil bersaiz Queen Size yang boleh memuatkan 4 orang dewasa dengan selesa dengan harga RM160 pakej 2 hari 1 malam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 096627377.
Secara keseluruhan, lokasi Tawaquf Inn ini berdekatan dengan Hotel Tabung Haji dan dekat dengan airport. Bangunan Rumah Kedai 3 tingkat ini di ubah menjadi bujet hotel dan ia masih lagi baru. Tilam dan Bantal memang selesa dan kemudahan penginapan adalah termasuk dengan sarapan pagi. Parkir adalah percuma.
Namun begitu, dengan pakej harga RM78 bagi bilik katil single sehingga bilik Family Room yang mempunyai 2 katil bersaiz Queen mungkin agak mahal kerana kedudukan Gong Badak boleh dikatakan masih lagi berada di kawasan kampung atau pekan kecil.
Saya melihat pengusaha-pengusaha hotel atau homestay di sini mungkin mengambil kesempatan kerana di sini mempunyai banyak Universiti, Kolej dan lapangan terbang, sedangkan sepatutnya di Gong Badak kos sara hidup lebih rendah berbanding Kuala Lumpur.
Apa yang saya suka :
1. Hotel yang baru dan bersih
2. Kemudahan sarapan, parkir dan Wifi Percuma
3. Late Check-up
Apa yang saya tak suka :
1. Harga bilik agak mahal jika dibandingkan dengan lokasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s