Trip Memancing Udang Galah Di Sungai Perak

Sungai Perak memang terkenal dengan aktiviti memancing bagi kaki pancing seluruh Semenanjung Malaysia. Di Sungai Perak, yang menjadi tarikan ialah aktiviti memancing udang yang sudah lama terkenal di sekitar Bota dan juga Teluk Intan. Di kawasan ini, sekitar Sungai Perak memang ada banyak udang galah dan ia menjadi pilihan kaki pancing saban hari.
Kalau anda nak cuba pengalaman memancing udang di Sungai Perak, boleh la cuba untuk ke Teluk Intan. Cari lokasi Jeti Persatuan Pengail-Pengail Melayu Hilir Perak dan anda boleh sewa bot kecil atau besar mengikut kesesuaian anda. Tapi, kebiasaannya, di sini banyak bot kecil yang boleh memuatkan 2 orang bagi setiap bot dengan kadar sewa sektar RM100 – RM150 bagi tempoh masa dari jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang.
Memancing Udang Sungai Perak
Anda boleh membawa joran anda sendiri atau anda boleh meminta tekong bot menyediakan untuk anda dengan bayaran tambahan. Tak mahal biasanya kerana ia cuma melibatkan kos yang kecil. Lagipun, mereka yang bekerja sebagai tekong bot sudah pasti lebih mahir dalam menyediakan peralatan memancing dan umpan berbanding kita orang yang jarang-jarang turun memancing udang.
Kebiasaannya tekong bot akan membawa anda ke lokasi lubuk memancing udang Sungai Perak berdasarkan pengalaman mereka. Mereka memang pandai mencari lubuk udang dan anda akan berpuas hati memancing jika kena dengan lubuk udang yang banyak.
Kata orang, tekong yang bijak memilih lokasi, mereka tengok riak dan kocakan air mereka dah tahu di sana ada udang atau tidak. Hebat kan?
Trip Memancing Udang
Trip Memancing Udang Sungai Perak
Pengalaman terbaik memancing udang ialah jika anda berjaya menaikkan udang galah yang bersaiz besar. Itu memang satu kepuasan untuk setiap pemancing udang. Lebih puas jika dapat kail udang beberapa kilo dan banyak.
Jadi, kalau anda tak pernah memancing udang, apa kata ambil peluang ini dan luangkan masa untuk ambil pengalaman memancing udang di Sungai Perak. Jangan risau, ramai tekong-tekong bot handal yang ada di sekitar Sungai Perak di kawasan Teluk Intan yang boleh mengajar anda cara-cara memancing udang.
Trip Memancing Udang Sungai Perak
Trip Memancing Udang Sungai Perak
Trip Memancing Udang Sungai Perak
Trip Memancing Udang Sungai Perak
Tengok udang galah saiz besar, anda sudah pasti akan teruja kalau dapat naikkan udang-udang galah tersebut ke jaring anda. Cuba la dulu, anda mungkin dapat pengalaman terbaik anda bila memancing udang di Sungai Perak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s