The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan

Di Teluk Intan, ada satu restoran Steamboat dan Grill yang terkenal di kawasan pekan kecil ini yang diberi nama The Rayyan Steamboat and Grill. Lokasi restoran ini berada di Taman Melur, Teluk Intan, Perak. Kalau nak ke sini, pandai-pandai la cari landmark sebab signboard kedai ini memang besar terpampang di restoran.
The Rayyan Steamboat and Grill ini menyediakan menu masakan Steamboat dan Grill di mana anda boleh menikmati menu buffet. Untuk harga standard kat sini ialah RM25 (asal RM30) bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Untuk pelanggan Warga Emas, anda cuma perlu bayar RM20 sahaja.
The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan

The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan

The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan

steamboat best di Perak
Ada banyak pilihan menu yang boleh anda pilih kalau makan di The Rayyan Steamboat and Grill Teluk Intan ini. Ada ayam, daging, udang, sotong, ketam, bebola ikan, bebola daging, bebola ketam, sayur dan pelbagai menu lain yang memang sedap.
Paling best anda boleh pilih menu yang mentah tadi anda boleh masak untuk sup atau tomyam ala steamboat atau cuma grill di atas pembakar khas yang di sediakan. Tidak seperti sesetengah kedai Steamboat, anda punya pilihan Grill kalau makan di The Rayyan Steamboat and Grill Teluk Intan.

The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan

The Rayyan Steamboat And Grill Teluk Intan

Kalau belum pernah ke restoran The Rayyan Steamboat and Grill Teluk Intan ini, anda mesti cuba. Berbaloi dengan nilai RM25 (asal RM30) setiap dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Makan malam anda dengan buffet steamboat yang pelbagai pilihan di sini mesti buatkan anda kekenyangan dan burp!!!

Apa yang MrJocko Suka
1. Ada pilihan Steamboat atau Grill
2. Menu pelbagai dari ayam, seafood sehinggalah sayur

Apa yang MrJocko Tak Suka
1. Susuan kedai ni mungkin boleh di beri nafas yang lebih cantik dan segar…
2. Susunan Makanan juga tak kemas sangat, tetapi tidak la terlalu teruk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s