Oh My English Edisi Istimewa Merdeka 57 Tahun

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, Astro TVIQ bakal mempersembahkan siri sitkom pendidikan popular, Oh My English! (OME!) Musim Ketiga dengan dua episod Istimewa Merdeka pada 24 dan 31 Ogos 2014 (Ahad), jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610). 
Oh My English (OME!) Istimewa Merdeka menjanjikan hiburan hujung minggu yang menyeronokkan dengan kandungan yang padat dengan gelak tawa dan juga ilmu yang berguna serta diselitkan dengan suntikan semangat patriotik. 
Para peminat siri ini pastinya teruja untuk menyaksikan watak- watak kegemaran mereka antaranya Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa Ravindran), Jojie (Nadiya Nisaa), Putri (Amyra Rosli), Khai (Shafiq Kyle) serta guru-guru kesayangan mereka Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) dan Miss Soo (Carmen Soo) bakal tampil dengan karakter yang berbeza dalam satu jalan cerita klasik yang sangat menarik. 
Selain itu, Frankie Lee, pelakon utama daripada filem yang memecahkan rekod kutipan tertinggi di Malaysia iaitu The Journey dan juga P. Jegananthan yang merupakan pelakon filem Kami Histeria akan turut membuat penampilan istimewa dalam episod kali ini.
Oh My English Edisi Istimewa Merdeka 57 Tahun

Pelakon Oh My English Edisi Istimewa Merdeka 57 Tahun
Selain itu, para peminat Oh My English juga boleh berkongsi keseronokan dan turut sama menyertai sesi pembelajaran Bahasa Inggeris secara interaktif di atas talian melalui rangkaian kandungan terbaru di laman web rasmi OME! (www.ohmyenglish.com.my) dan juga menerusi laman-laman sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube. 
Pelbagai aplikasi dan aktiviti menarik menanti para peminat antaranya Brainbox, Pop Quiz, Worksheet, Ask Teacher serta beberapa segmen interaktif, permainan, di sebalik tabir OME!, gambar-gambar menarik, muat turun eksklusif dan banyak lagi yang pastinya dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda.
Jangan ketinggalan untuk bersama Jibam dan rakan-rakannya menyelami pengertian sebenar kemerdekaan sambil belajar dan berhibur dalam Oh My English! (OME!) Musim Ketiga dengan dua episod Istimewa Merdeka pada 24 dan 31 Ogos 2014 (Ahad), jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s