Jom Sertai Senamrobik Merdeka Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta JoHaRa

Senamrobik Merdeka JoHaRa Di ERA FM
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 pada tahun ini, ERA FM menampilkan satu keunikan apabila segmen Sarapan Pagi, JoHaRa Pagi ERA pada Isnin, 1 September 2014, akan bersiaran secara langsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa! 
Bukan itu sahaja, malah JoHaRa Pagi ERA turut mengajak seluruh warga Malaysia untuk berkumpul di lokasi tersebut bagi menyertai aktiviti Senamrobik Merdeka, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta yang akan bermula jam 6 pagi sehingga 10 pagi. 
Senamrobik Merdeka 57 JoHaRa dan ERA FM
Turut hadir bagi memeriahkan lagi acara Senamrobik Merdeka ERA FM ini adalah barisan artis popular tanahair. Alam Wakaka, seorang guru tari professional negara turut menyumbangkan masanya untuk bersama-sama para pengunjung bagi sesi acara senaman yang bakal dilakukan nanti. Pihak ERA fm dengan besar hati ingin menjemput seluruh warga Malaysia hadir ke Astaka Taman Tasik Titiwangsa bagi menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 57 bersama-sama penyampai JoHara Pagi ERA yang sememangnya sentiasa menghiburkan hari-hari anda! 
Inilah masanya untuk anda sentiasa dengan gaya yang sihat dan cergas! Selain berpeluang menunjukkan semangat cintakan negara di sana, anda juga tidak ketinggalan melakukan aktiviti kesihatan dengan menjalankan aktiviti senaman bersama-sama selebriti popular tanahair. 
Jumpa di Astaka Taman Titiwangsa pada jam 6 pagi hingga 10 pagi pada 1 September ini dengan berpakaian sukan! Anda juga mungkin berpeluang untuk beramah mesra bersama penyampai JoHaRa Pagi ERA mahupun artis-artis yang hadir pada hari tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s