My AirAsia Free Seats ! Tempat Duduk Percuma AirAsia Saya

My AirAsia Free Seats – Tempat Duduk Percuma AirAsia Saya

Untuk My AirAsia Free Seats, sekiranya MrJocko diberi peluang 10 tempat duduk percuma dari AirAsia ke mana-mana destinasi, MrJocko akan memilih destinasi ke Hong Kong. MrJocko bercadang nak bawa Hajjah Basenah Binti Awang Noh, iaitu Mak MrJocko bersama adik beradik MrJocko bercuti ke sana. Untuk 10 tempat duduk, MrJocko boleh bawa Mak, Wife, 3 orang anak (Khalish, Hasya dan Iris), Adik Roslan, Adik Wahiey, Adik Osiey dan Adik Pipi. Inilah keluarga sederhana besar kami.

 

My AirAsia Free Seats
Hajjah Basenah Binti Awang Noh, Mak MrJocko

Sebab apa MrJocko teringin nak bawa Mak MrJocko bercuti di Hong Kong dengan ‘My AirAsia Free Seats’?

 

MrJocko nak bagi pengalaman kepada Mak berada di negara yang mempunyai musim sejuk seperti Hong Kong. Hanya dengan My AirAsia Free Seats (Tempat Duduk Percuma AirAsia Saya) mampu merealisasikan impian MrJocko.

 

Dari dulu lagi, Mak tak pernah keluar negara selain dari menunaikan Fardu Haji pada tahun 1993. Tambahan pula, kalau kami sekeluarga ke Hong Kong, ia peluang kami bercuti di sana dan melawat banyak lokasi percutian menarik seperti Disneyland Hong Kong, Avenue of Star, Ocean Park dan macam-macam lagi.

my airasia free seat
 
my airasia free seat
 

Di Hong Kong ada Ladies Market, Mak MrJocko mesti suka kalau dapat sekali sekala shopping di tempat seperti Ladies Market yang penuh dengan pelbagai barangan wanita yang menarik.

 

MrJocko tahu, Mak MrJocko bukan kaki shopping, tetapi kalau dah sampai ke Ladies Market Hong Kong, sudah pasti dia akan membeli sesuatu sebagai kenangan membeli belah di Hong Kong. Setidaknya, kami berjaya menggembirakan Mak dengan pengalaman bercuti sekeluarga ke sana.

 

My AirAsia Free Seats
Bergambar bersama Arwah Ayah
My AirAsia Free Seats Story
Adik Pipi, Mak, Wife, Adik Wahiey, Adik Osiey dan my kids
 
 
Sayang sekali Arwah Ayah sudah meninggalkan kami pada tahun 2011. Kalau tidak, kami adik-beradik teringin nak bawa Ayah turut sama bercuti ke luar negara bersama-sama dengan My AirAsia Free Seats ini. Walaupun sebenarnya Arwah Ayah seorang yang takut untuk menaiki kapal terbang, tetapi, kalau dah ramai-ramai, bersama anak dan cucu, mungkin Ayah akan mengalah. Nampaknya, tidak tercapai hasrat kami untuk memberikan Ayah pengalaman menaiki penerbangan AirAsia.
 

Mungkin ramai pengikut blog MrJocko tahu bahawa, MrJocko sudah lama menggunakan penerbangan AirAsia. Pertama kali kenal dengan AirAsia ialah sewaktu MrJocko ke Jakarta pada tahun 2007 bersama rakan-rakan sepejabat. Selepas dari penerbangan pertama AirAsia ke Jakarta, MrJocko terus jatuh cinta dengan AirAsia.

 

Ramai yang sudah baca entry, Bagaimana AirAsia Mengubah Hidup MrJocko Menjadi Lebih Baik. Tanpa AirAsia, rasanya MrJocko tidak ada peluang untuk mengenali dunia luar. Ini semua hasil dari tawaran harga tiket murah dari AirAsia saban tahun. Tawaran harga tiket penerbangan yang sangat murah berbanding pesaing-pesaing terdekat di Asia.

 

 

My AirAsia Free Seats Promotion

 

Sekali lagi, MrJocko ingin berkongsi tentang pengalaman MrJocko bila sebut tentang My AirAsia Free Seats. Oleh kerana MrJocko banyak kali berpeluang terbang bersama AirAsia, MrJocko sempat berkongsi, cara dan Tips Tiket Murah AirAsia bagi kawan-kawan yang berminat untuk menempah penerbangan menggunakan AirAsia Online. Banyak cara yang boleh mereka dapatkan tiket murah. Antaranya, dengan tunggu Promosi 0 Fare Tambang AirAsia yang biasanya akan di tawarkan oleh AirAsia pada awal tahun.

Ada ramai rakan dan pembaca blog MrJocko bertanya, ‘Ada cara Mudah Nak Dapat Tiket PERCUMA AirAsia? Betul ke ada My AirAsia Free Seats? Sudah pasti MrJocko akan jawab ‘Memang ada…’ Ada banyak kali MrJocko kongsi cara untuk dapatkan tiket murah AirAsia seperti entry ini ‘Senang Ke Tempah Tiket Murah AirAsia‘ . Antara cara mudah, anda boleh juga tunggu Race Untuk Dapatkan Tiket Percuma AirAsia. Dengan AirAsia Big Card Celebration Points, anda boleh tebus tiket penerbangan menggunakan BIG Card Points AirAsia.

 

Samada penerbangan domestik atau luar negara, anda boleh memilih untuk merasai kelainan dengan merasai menu makanan terbaik ketika berada di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsiaX. Lihat sahaja Menu Pilihan Makanan Atas Flight Terbaik di AirAsia. Banyak menu yang sedap dan menarik. Antara pilihan MrJocko ketika dalam penerbangan AirAsia ialah Mee Goreng Mamak ‘Mee Goreng Mamak Dalam Flight AirAsia‘ dan juga Nasi Lemak ‘Nasi Lemak AirAsia Tak Bogel‘.

 

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi menu dalam AirAsia Cafe dan juga barangan premium bebas cukai lain yang di tawarkan di dalam penerbangan AirAsia SkyShop AirAsia Cafe dan SkyShop.

my airasia free seats contest
 
my airasia free seats
 

Mungkin ramai yang pernah hadapi masalah dengan AirAsia. Jangan risau, anda boleh cuba guna servis bantuan AirAsia Live Chat. Pengalaman Bantuan AirAsia LIVE CHAT memang membuatkan MrJocko puas hati. Masalah MrJocko yang tersilap menulis nama anak MrJocko pada Tiket diselesaikan dalam masa yang singkat dan cepat. Begitu juga dengan khidmat kaunter Check In AirAsia. MrJocko sangat Kagum Dengan Kaunter Check-In AirAsia yang telah dipertingkatkan. Thumbs Up untuk khidmat terbaik ini.

my airasia free seats bali
 
my airasia free seats contest

Alhamdulillah, selama hampir 9 tahun guna khidmat penerbangan AirAsia dan AirAsiaX, sudah banyak lokasi yang MrJocko dapat lawati. Ini semua hasil dari tiket murah dan promosi My AirAsia Free Seat.

 

Antara yang MrJocko tak akan lupa ialah percutian Bulan Madu ke Bali “Tempat Menarik Di Bali“, Trip bajet ke Gold Coast “Trip Ke Gold Coast Dengan Tiket Murah AirAsia“, Nami Island di Seoul “Wajib Singgah Nami Island, South Korea”, Percutian keluarga ke Ho Chi Minh, Vietnam “Shopping Best Di Ho Chi Minh” dan banyak lagi.

 

Dalam Malaysia juga, MrJocko masih berpuas hati dengan penerbangan domestik dan memang banyak ada pengalaman dengan My AirAsia Free Seats. Antaranya ialah Langkawi, destinasi yang selalu kami sekeluarga singgah sebab kat sana ada banyak tempat menarik, antaranya Island Hoping ke Fish Farm Kilim Geoforest, Langkawi.

 

Sabah dan Sarawak juga tidak kurangnya. Banyak lokasi yang MrJocko dan sekeluarga dapat melancong seperti ke Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan serta Labuan di Sabah dan Kuching, Serikin dan Semenggoh di Sarawak.

Mungkin apa yang MrJocko rancang ini, bukan la sesuatu yang boleh membalas jasa Mak MrJocko. Namun ia mungkin dapat memberikan serba sedikit kegembiraan buat Mak kerana dapat peluang bercuti bersama anak-anak dan cucu-cucunya selepas ketiadaan Arwah Ayah sejak tahun 2011. Mungkin ini sahaja kesempatan yang kami ada untuk membahagiakan Mak dengan sedikit masa yang terluang bersama kami, anak-anak yang sudah dewasa.
 
Impian MrJocko sebagai anak yang sulong dan kami adik beradik, untuk kali ini, semoga dapat diberikan peluang untuk bersama-sama Mak, ketawa gembira dengan percutian ke Hong Kong bersama kami sekeluarga serta cucu-cucu kesayangannya. Semoga pengalaman My AirAsia Free Seats ini akan menjadi kenangan terindah buat Hajjah Basenah Binti Awang Noh sehingga akhir hayatnya, Amiinnnnn….
 
Untuk yang nak dapatkan Tiket Percuma AirAsia, cepat tempah tiket anda sebelum 31 Ogos 2014 dan penerbangan bermula dari 1 Mac 2015 hingga 24 Oktober 2015. Cepat layari www.AirAsia.com.my
 
 
 
My AirAsia Free Seats Promotion
 
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s