Hotel Murah Di Bandung : Hotel Riau

Sudah beberapa kali MrJocko ke Bandung dan antara lokasi Hotel Murah di Bandung yang pernah saya inap ialah di Hotel Riau. Hotel Riau ini tidak la sebesar mana dan ia merupakan hotel bajet sekitar Kota Bandung. Nak cari Hotel Riau ini mudah sahaja, cuma perlu susur di Jalan Riau dan ia terletak di Jalan RE Martadinata 191, Bandung.
Masa MrJocko ke Bandung tahun 2009, kami pilih menginap di Hotel Riau. Kami tempah bilik famili yang mempunyai 3 katil, termasuk satu katil queen size, dua katil single size. Kalau tak silap, masa tu kami cuma bayar sekitar IDR 350,000 (RM95) untuk pakej 2 hari 1 malam.
Hotel Murah Di Bandung Hotel Riau

Hotel Murah Di Bandung Hotel Riau

Hotel Murah Di Bandung Hotel Riau
Dalam bilik famili ini ada disertakan sekali sofa, meja kopi, almari baju, bilik air yang besar dan juga TV. Bilik famili ini memang besar sekitar 500 sqft. Pakej bermalam untuk bilik famili disertakan dengan sarapan pagi untuk 4 orang. Dengan nilai yang kami bayar, ia memang pakej terbaik dari hotel murah di Bandung ini.
Bagi yang datang berdua, jangan risau, ada bilik Superior dan juga Deluxe untuk pilihan anda. Harga yang ditawarkan serendah IDR200,000 (RM55). 
Kalau anda mencari lokasi hotel murah dan selesa di Bandung, anda boleh cuba untuk menginap di Hotel Riau, Bandung ini. Semestinya antara lokasi yang berbaloi kerana lokasi hotel juga berada tidak jauh dari Factory Outlet Jalan Riau dan juga Gedung Sate, Bandung.
Oh ya, masa kami nak ke Airport Bandung, kami hanya banyar IDR20,000 (RM5.50) sahaja untuk Teksi Bluebird dari Hotel Riau seawal jam 5.00 pagi. Murah kan???
Lokasi Hotel Murah di Bandung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s