Baby Kayla Dan Baby Play Mat

Baby Kayla sudah melepasi umur 4 bulan. Nampaknya, dia lah yang paling lama menyusu dengan Susu Ibu setakat ni. Kakak Khalish dan Hasya dulu beralih ke susu formula selepas umur memasukki 2 bulan. Tapi, untuk Baby Kayla, kami guna Pam Susu elektrik dan manual dari Philips Avent, senang sikit nak sediakan stok susu untuk Baby Kayla.
Oleh kerana Baby Kayla anak bongsu setakat ni, manja dia lebih dari Kakak Khalish dan Hasya. Kalau boleh nak orang dukung memanjang. So, terpaksa la gilir-gilir lepas Mummy, Daddy, Kakak Khalish dan Hasya. Namun selepas ada Baby Play Mat ni, dia suka kalau letak dia atas tu dan letak mainan.
Baby Play Mat Mainan Baby

Baby Play Mat Mainan Baby
Kena bagi dia minum susu kenyang-kenyang dulu, lepas tu letak dia kat situ. Bagi mainan yang boleh dia gigit, dia akan layan mainan tu lama sikit. Biasanya boleh la tahan dalam sejam sebelum dia akan mula minta minum susu atau nak dukung. 
Tapi kalau dia dah tidur atas tu, biasanya lama juga. Boleh pegi sampai 2 jam lebih. Ok la tu kan, boleh la Mummy dia buat kerja rumah sementara Baby Kayla leka bermain atau tidur atas Baby Play Mat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s