Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air!

DiGi Telco, Malindo Air dan juga Asia Web Direct sedang menganjurkan peraduan “Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air!” di mana 3 blogger terbaik akan dipilih untuk menjadi pemenang dan berpeluang menikmati pengalaman percutian menarik ke Krabi bersama-sama penerbangan Malindo Air. Bukan itu saja, pemenang akan menikmati penginapan percuma selama 3 hari 2 malam di Mercure Krabi Deewana, salah satu hotel terbaik dan hotel partner Asia Web Direct.

Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air!
Krabi sememangnya satu lokasi percutian Pantai yang memang MrJocko impikan selama ini. Di Krabi, ada banyak lokasi pantai yang terkenal di Krabi seperti Ao Nang Beach dan juga Railay Beach. Pemandangan pantai dan persisir laut kat sini sangat la cantik.
Sebelum ini MrJocko memang selalu memilih percutian yang ada pantai dan laut. Sebab itu, MrJocko pernah ke Kota Kinabalu, Kuching, Semporna, Pulau Perhentian, Phuket, Gold Coast dan banyak lagi lokasi pantai, semata-mata untuk menikmati pengalaman bercuti di pantai terbaik di Malaysia dan luar negara.
Fly Me To Krabi with DiGi and Malindo Air

Fly Me To Krabi with DiGi and Malindo Air

Fly Me To Krabi with DiGi and Malindo Air
Ada banyak aktiviti yang boleh kita buat di pantai selain mandi manda. Bagi yang nak aktiviti santai lain, mungkin boleh berjalan menyusur pantai, menaiki kuda, menungga ATV, bermain layang-layang dan bayak lagi aktiviti sukan air yang ada. 
Bagi pemenang contest Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air, mereka juga akan menerima pakej DiGi Roaming selama 3D tersebut ditaja oleh DiGi Telco. Wow!!! MrJocko dah lama guna DiGi Postpaid dan juga DiGi Postpaid Plan For Tablet. Pengalaman MrJocko guna DiGi Roaming ketika di Taipei, Taiwan memang terbaik. Pakej DiGi Postpaid Roaming ke Taiwan memang mudah dan berbaloi-baloi. 24 jam boleh guna Internet dengan hanya RM32/sehari. Terbaik dan memuaskan.



Dengan DiGi Postpaid atau Prepaid Roaming package ini, anda boleh sentiasa berhubung dengan Fabebook, Whatsapp, Instagram, Twitter dan juga segala social media yang anda ada. Mudah berkongsi aktiviti dan gambar anda bersama kawan-kawan di Malaysia.

Kalau di lihat dari laman web Mercure Krabi Deewana, sememangnya hotel ini memang punyai tarikan yang sangat menarik. Lokasi hotel yang strategik, bilik yang cantik, kolam mandi yang sangat menarik serta kemudahan hotel yang pelbagai. Kalau dapat bercuti di Mercure Krabi Deewana, sememangnya ia impian percutian terbaik di Krabi, Thailand.

Mercure Krabi Deewana Hotel, Krabi, Thailand

Mercure Krabi Deewana Hotel, Krabi, Thailand

Mercure Krabi Deewana Hotel, Krabi, Thailand
Sudah pasti MrJocko sendiri sangat teruja kalau dapat percutian ke Krabi bersama peraduan Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air! Tak pernah lagi MrJocko berpeluang menaiki pesawat Malindo Air yang dikatakan punyai keistimewaan tersendiri. Bila terbang dengan pesawat Malindo Air, anda diberi kelebihan seperti pesawat baru, hidangan menu atas penerbangan PERCUMA, Hiburan tayangan filem, music dan game PERCUMA,  serta bagasi percuma dari 20kg bagi setiap penumpang.
Wah! Anda pasti akan berpuas hati sepanjang penerbangan dari Subang ke Krabi dengan penerbangan Malindo Air.
Nampaknya, peraduan Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air ini menarik minat MrJocko. Ia sesuatu yang menarik dan rugi kalau dilepaskan. Bayangkan jika anda berpeluang ke Krabi dengan pakej yang di sediakan oleh DiGi dan Malindo Air ini ditambah dengan penginapan terbaik dari Asia Web Direct, ia sudah pasti sesuatu yang terbaik untuk sesiapa sahaja.
Masih sempat lagi untuk anda sertai Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air! ini. Peraduan bermula 31 Ogos 2014 dan akan tamat pada 4 September 2014. Cepat sertai contest Fly Me To Krabi With DiGi & Malindo Air! dan anda mungkin memenangi TRIP Percuma ditaja sepenuhnya oleh DiGi, Malindo Air serta Asia Web Direct.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s