Food Review : Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Hari pertama sampai di Bangkok, selepas check-in di bilik hotel Centara World Bangkok, kami di bawa untuk makan tengahari di salah satu restoran terkenal di Bangkok. Ia merupakan restoran fine dine yang berkonsepkan Thai Modern Fusion. Di sini, menu makanan Thai di oleh manjadi menu modern dan ia disediakan dalam bentuk fine dine.
Kami di bawa ke Greyhound Cafe, Central World, Bangkok yang terletak di Tingkat 1, Central World Shopping Mall.

Masuk sahaja di restoran Greyhound ini, terasa seperti VIP pulak. Suasana cafe, susunan meja dan layanan di Greyhound Cafe ini memang terbaik. Lihat saja dekorasi bunga ini, special untuk kami semua, rakan-rakan media dari Malaysia sempena FAM Trip Bangkok Chiang Mai.

nice deco,,,

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok
Ayam Goreng, tetapi MrJocko tak makan sebab, ia mungkin tidak disembelih

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok

Antara menu yang sempat MrJocko rasa ialah Ketam Soft Shell, Crab Meat, Char Kuey Teaw, Salmon dan juga Spaghetti Udang. Menu ini antara menu yang terkenal di Greyhound Cafe dan menjadi antara menu utama di sini. 
Menu lain kami terpaksa tolak dan bagi rakan-rakan media non-muslim mencuba sebab risau akan ada campuran yang tidak sepatutnya🙂

Greyhound Cafe in Central World, Bangkok
Aiskrim sebagai desserts, biasa sahaja, tetapi dengan dekorasi atas meja, ia nampak sedap.

Ini merupakan Teh Tarik yang dibekukan, kemudian ia di blend dan dihidangkan. memang sedap dan tidak pernah MrJocko jumpa sehingga berada di Greyhound Cafe.
Secara keseluruhan, menu makanan di Greyhound Cafe, Central World Bangkok ini boleh dikatakan sedap. Rakan-rakan non-muslim juga mengakui menu yang mereka makan memang sedap. 
Tips untuk makan di Greyhoud.
Jika anda mencari lokasi makanan halal di Bangkok, masih ada banyak yang boleh anda cari di bandar ini. Mungkin, anda susah untuk berkomunikasi atau mencari kedai yang sesuai. 
Namun, jika ingin mencuba menu di Greyhound, pastikan anda maklumkan kepada waiter atau manager yang anda seorang Muslim, dan tidak mahu makanan yang mempunyai sebarang berkaitan pork.
Sudah pasti kalau nak selamat, cari makanan seafood sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s