Chao Phraya Express Boat, Bangkok : Pengalaman Terbaik

Bangkok sememangnya lokasi percutian yang menarik untuk semua peringkat umur. Banyak lokasi menarik antaranya merasai sendiri pengalaman ke Chao Phraya Express Boat (River Cruise) di sepanjang Sungai Chao Phraya dan lorong-lorong unik sekitarnya. Kenapa MrJocko kata ia sesuatu yang unik???

Ini kerana, di sini mereka menggunakan banyak bot laju sebagai pengganti Cruise tidak seperti di Melaka River Cruise, Han River Cruise atau Citycat Brisbane yang pernah MrJocko naiki. Di Sungai Chao Phraya, mereka akan menggunaka Bot Laju kerana dalam trip menyusuri Chao Phraya, mereka akan melalui lorong-lorong sungai kecil di celah-celah rumah penduduk di pinggir kota Bangkok.
Chao Phraya River Cruise, Bangkok

Chao Phraya River Cruise, Bangkok
Lagi menarik dengan pengalaman menaiki Chao Phraya Express Boat ini, anda dapat merasai pengalaman baru menaiki bot melihat sekitar lorong-lorong sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Chao Phraya. Lorong-lorong sungai ini umpama jalan raya yang melalui bahagian depan dan belakang rumah penduduk sekitar Kota Bangkok.

Sebab itu, mereka tidak menggunakan cruise yang lebih besar kerana ia tidak sesuai untuk melalui kawasan ini.

Chao Phraya River Cruise, Bangkok

Chao Phraya River Cruise, Bangkok

Chao Phraya River Cruise, Bangkok
Untuk pengalaman Chao Phraya Express Boat ini mereka biasanya akan melalui kawasan sekitar 21 kilometer di sekitar kota Bangkok. Anda boleh menggunaka servis bot laju Chao Phraya ini bermula dari seawal jam 6.00 pagi sehingga jam 9.30 malam waktu tempatan.

Tiket untuk servis Bot Laju Chao Phraya (Chao Phraya Express Boat) ini bermula dengan harga 10 Baht sehingga 40 Baht bergantung kepada route dan warna bendera yang anda mahu naiki. Ia dibahagikan kepada Tiada Bendera, Bendera Oren, Bendera Kuning, Bendera Hijau dan juga paling mahal Bendera Biru. Masing-masing mengikut route jalan yang berbeza.

Untuk pengalaman menyusuri Sungai Chao Phraya dengan Chao Phraya River Cruise ini, terima kasih kepada penaja Central Department Store Ltd Thailand dan juga Mastercard. Sudah pasti ia antara pengalaman terbaik MrJocko dan Majalah LIBUR menerokai Kota Bangkok menggunakan bot dan juga jalan air sepanjang Sungai Chao Phraya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s