Sala Rattanakosin Cafe Chao Phraya River

Selepas menyusuri Bot Laju di celah lorong Sungai Chao Phraya, kami di bawa ke lokasi makan malam. Kali ini di Bangkok, MrJocko di bawa untuk makan malam di Sala Rattanakosin Cafe yang terletak di tepi tebing Sungai Chao Phraya. Pemandangan dari restoran Sala Rattanakosin ini memang menakjubkan.

Sudah pasti kalau ke Thailand, menu signature banyak lokasi cafe dan restoran adalah menu TomYam. Walaupun setiap tomyam yang di masak di Thailand ada punyai perbezaan, namun anda akan kenal dan cukup rasa untuk membezakan keaslian TomYam di Thailand, berbanding di tempat lain. Sama juga di Sala Rattanakosin, menu tomyam dia memang meletup…


Salah satu menu yang wajib anda cuba di Thailand ialah Pulut Mangga. Jika kebiasaannya, menu pulut mangga ini adalah menu Pulut dan di hidangkan dengan hirisan mangga siam yang manis dan juga sedikit curahan Santan yang disediakan khas untuk menu Pulut Mangga ini.. Di sini, santan diletakkan sedikit gula untuk memberikan rasa manis dan ia akan membangkitkan rasa bila dimakan bersama pulut dan buah mangga.

Banyak lagi menu yang dihidangkan di sini memang menarik. Ayam yang dihidangkan di sini sewaktu kami makan malam, adalah ayam yang diambil dari pengedar daging ayam yang halal. Terima kasih kepada pihak penaja Central Department Store Ltd dan juga Mastercard atas hidangan makan malam yang begitu sedap ini serta layanan yang bertaraf VVIP.

Kalau ke Bangkok, anda mesti singgah di Sala Rattanakosin untuk makan malam sambil menikmati suasana dan pemandangan indah matahari terbenam di persisir Sungai Chao Phraya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s