Syurga Makanan Sedap Di Eat Thai Central Embassy Bangkok

Semasa kunjungan MrJocko ke Central Embassy Bangkok, kami singgah untuk makan tengahari di food court Eathai, ruang makan yang menempatkan banyak menu makanan yang sedap di Eathai, Central Embassy. Di ruang makan LG Floor ini, mereka mempunyai pelbagai jenis kiosk menu jualan makanan dari Air Teh Tarik, Roti Canai, Menu makanan asli Thai, Seafood, air minuman dan banyak lagi.

Untuk merasai pengalaman di Eathai Central Embassy, kami diberikan Kredit Kupon bernilai Baht 1,000 setiap seorang. Dengan kupon ini, kami boleh memilih mana-mana menu yang ada di dalam Eathai Central Embassy ini. 

Pertama kali MrJocko melihat Roti Canai ada dijual di food court seperti ini di Bangkok. Harga roti canai kosong Baht 3o dan Roti Telur Baht 40. Memang jarang-jarang melihat kiosk menjual Roti Canai kalau di Bangkok. Nak cuba, tetapi terlepas pulak sebab duduk beratur nak order menu Air buahan yang sedap di Eathai.

Memandangkan di ruang kiosk gerai yang lain mempunyai campuran menu yang bercampur, kami memilih untuk mencuba menu Seafood di Eathai. Dengan kupon yang ada, MrJocko membuat 4 pesanan termasuk Ikan Siakap Goreng, Tom Yam Kaw, Nasi Goreng dan juga Udang Bakar. Kesemuanya bernilai sekitar Baht 800 dan ia masih dalam bujet yang dibenarkan🙂

Menarik di sini, anda cuma perlu memesan makanan anda di mana-mana kiosk jualan, kemudian mencari tempat duduk dan kemudian memintak pelayan di Eathai untuk mengambil makanan anda yang sudah siap. Bagus kan??? Tak perlu nak menunggu.

Sepanjang berada di Bangkok, Lunch kali ini antara makan yang terbaik kerana kami diberi peluang memilih menu kami sendiri dan diberikan kebebasan citarasa kami. Menu masakan Thai sememangnya sudah biasa dengan citarasa orang Malaysia, sudah pasti bila dapat masakan Asli Thai, ia memang satu pengalaman makan yang terbaik.

Tomyam Udang, Ikan Siakap Goreng, Udang Bakar, serta tambahan Pulut Mangga di Eathai memang sangat terbaik. Tiada apa lagi yang perlu kami komen melainkan semuanya sedap… Burp!!!

Terima kasih kepada Central Embassy Bangkok atas tajaan makanan tengahari kami🙂

Eat Thai Central Embassy Bangkok
Untuk informasi lain tentang Eathai Central Embassy anda boleh juga melihat komen dan info di Eathai Tripadvisor ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s