Thai Massage Urut Kaki Di Chiang Mai Cuma RM20 Sejam

Thailand memang terkenal dengan servis Urut Mengurut yang memang banyak terdapat samada di Bangkok, Chiang Mai, Krabi, Phuket, Hatyai dan seluruh Thailand. Industri servis urut di Thailand agak terkenal dengan trademark Thai Massage yang lebih kepada sesi mengurut tanpa minyak dan lipat-melipat. Ada yang suka, namun ramai yang tak suka dengan urutan Thai.

Di Chiang Mai juga banyak lokasi kedai yang menyediakan servis urutan Thai Massage dan Spa untuk pelanggan. Sebaiknya, pilih lokasi rumah urut yang bersesuaian supaya anda betul-betul boleh menikmati servis urutan dengan sebaiknya.


Banyak rumah urut di Chiang Mai menyediakan Tukang Urut Lelaki untuk Lelaki dan juga Tukang Urut Perempuan untuk Perempuan. Ini antara khidmat professional yang mereka tawarkan untuk pelanggan mereka, khususnya pelanggan Muslim.


MrJocko berpeluang untuk mengurut kaki di Thai Massage Spa yang terletak berdekatan dengan hotel kami, Le Meridian Chiang Mai. Untuk servis urutan kaki, bahu dan juga kepala, harga yang dikenakan cuma RM20 bagi setiap satu jam. Urutan penuh satu badan juga ada di sini dengan harga yang sama. 

Untuk wanita muslim lebih-lebih lagi yang bertudung, mereka sediakan ruang bilik khas untuk keselesaan pelanggan wanita muslim, bagus kan???


Memang best bila dapat rileks mengurut kaki di rumah urut Chiang Mai ni. Urutan dari tukang urut kaki lelaki sudah pasti lebih best sebab tenaga yang kuat serta skill yang lebih bagus. Berbaloi dengan harga RM20 untuk satu jam ditambah dengan urutan belakang, bahu dan juga kepala.

Syiokkk,,, kalau boleh nak cuba lagi urut di sini. Mungkin next time kalau ke Chiang Mai, Thailand.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s