Review Hotel Grandis Suria Sabah

Kali ini ke Kota Kinabalu, MrJocko dibawa menginap di Grandis Hotels and Resorts bersebelahan dengan Suria Sabah. Grandis Hotel ini ialah hotel baru dan ia terletak di hujung kawasan Waterfront dan sangat strategik sebagai tempat penginapan pelancong kerana di sini antara tumpuan utama di Kota Kinabalu.

Bangunan hotel yang baru serta kedudukannya yang hanya sebelah Suria Sabah menjadikannya lokasi hotel pilihan ramai pengunjung.




Hotel Grandis Suria Sabah ini mempunyai range bilik dari Superior, Deluxe, Family, Deluxe Studio, Executive Suite dan juga Premier Suite. Untuk harga yang ditawarkan ia bermula dengan RM600 untuk Superior Room sehingga lah RM2,500 untuk bilik Premier Suite.

Namun begitu, untuk sebarang promosi dan tawaran semasa, anda boleh layari http://www.hotelgrandis.com. Ada 288 bilik di Hotel Grandis Suria Sabah dan anda boleh pilih mana satu yang anda mahukan.



Untuk bilik MrJocko, kami diberikan Deluxe Room dengan mempunyai tingkap dan view mengadap laut dan pemandangan Tunku Abdul Rahman Park. Memang ia menarik tambah lagi bila matahari terbenam dan juga waktu matahari terbit.

Hotel Grandis Suria Sabah ini mungkin patut ada dalam senarai hotel pilihan anda sebab ia memang terletak dilokasi yang menarik dan berdekatan dengan tarikan ‘Gaya Street’.

Kalau nak shopping pun mudah, nak makan pun mudah, nak menaiki bot ke pulau pun mudah kerana bersebelahan sahaja dengan Jesselton Point Jetty.

Selamat Melancong ke Sabah bah,,,

1 komen pada “Review Hotel Grandis Suria Sabah”

  1. hi..mr jocko.. kami ini sekeluarga ada rencana pergi ke kinabalu, dan interest untuk stay di hotel grandis, tapi kami ingin tahu apa restaurant di hotel itu sudah dapat setifikat halal jakim. sebelumnya terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s