Restoran Kampung Nelayan Di Kota Kinabalu, Sabah

Seafood adalah salah satu menu utama di Kota Kinabalu. Banyak restoran di Kota Kinabalu menyediakan menu masakan seafood dengan pelbagai cara masak dan resipi yang sedap dan terbaik. MrJocko berpeluang ke Restoran Kampung Nelayan (Fisherman Village) yang terletak di Taman Tun Fuad, Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah.

Restoran Kampung Nelayan menyediakan perkhidmatan makanan untuk sarapan pagi, makanan ala-carte, makanan set seafood serta menu masakan steamboat. Kawasan restorang Kampung Nelayan di bahagikan kepada beberapa bahagian termasuk dewan makan dan pentas, ruang makan terbuka, ruang makan steamboat dan juga dewan makan tertutup.


Restoran Kampung Nelayan Kota Kinabalu ini di buka dengan dua sessi iaitu dari 7.30 pagi sehingga jam 2.00 petang dan kemudian dibuka kembali pada jam 6.30 petang sehingga jam 11.00 malam.


Ini pertama kali MrJocko dibawa ke Restoran Kampung Nelayan Kota Kinabalu dan kali ini berpeluang untuk mencuba menu masakan ala Thai dan Chinese Cuisine. Untuk menu malam tersebut kami dihidangkan dengan menu Ikan Siakap Masak Merah, Udang Kara, Udang Goreng, Daging Masak Kicap, Sayur dan juga desserts Jelly Kelapa.

Sudah lama tak cuba makan menu Udang Kara (Lobster) yang memang terkenal dengan harga yang agak mahal. Kalau di Kota Kinabalu, harga sekilogram Udang kara boleh mencecah sehingga RM200 – RM300 bergantung kepada jenis. 


Muka orang yang jarang dapat makan Lobster, gini la caranya sampaikan kulit Lobster pun nak di gigit… Cuba tengok muka Syahida, rakan media dari MHI, macam tak puas hati jer tengok MrJocko gigit Lobster🙂

Secara keseluruhan, menu Ikan Siakap, Udang Kara, Daging dan Udang Goreng memang boleh dikatakan sedap. Walaupun bukan sampai tahap WOW Terbaik, tetapi lebih sedap dari menu biasa yang pernah MrJocko cuba. 

Mungkin ramai akan perasan, harga di sini agak mahal sedikit berbanding lokasi lain, tetapi rasanya harga agak berpatutan dengan mengambil kira lokasi yang selesa, luas dan dengan persembahan kebudayaan yang di persembahkan pada setiap malam bermula jam 7.45 malam sehingga jam 8.45 malam.


Anda boleh merasai pengalaman di Restoran Kampung Nelayan Kota Kinabalu ini dengan menaiki pernerbangan AirAsia dari KLIA2 ke Kota Kinabalu. AirAsia mengadakan 12 penerbangan dari KLIA2 ke Kota Kinabalu setiap hari dan juga 12 kekerapan penerbangan dari Kota Kinabalu ke KLIA2 setiap hari

Terima kasih kepada penaja #SabahTourism #AirAsia #GayaTravel #MajalahLIBUR untuk pengalaman hebat di Sabah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s