Bayaran Masuk Ke Pulau Sapi, Sabah

Jika anda ke Pulau Sapi, Sabah, anda jangan lupa bahawa setiap pelancong atau pelawat yang ingin masuk ke Pulau Sapi akan dikenakan bayaran masuk. Harga bayaran masuk ke Pulau Sapi adalah bertujuan untuk menampung sedikit kos pengurusan pulau tersebut yang juga sebahagian daripada Tunku Abdul Rahman Park

Untuk pelancong asing, bukan rakyat Malaysia, mereka dikenakan bayaran masuk RM10 setiap seorang bagi dewasa dan RM6 bagi 18 tahun ke bawah. 

Untuk pelancong Malaysia, anda dikenakan hanya RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi mereka yang dibawah umur 18 tahun. Bagi Warga Emas, anda hanya dikenakan RM1 dan Pelajar Sekolah dikenakan RM0.50 sahaja.

Antara aktiviti lain yang boleh anda lakukan di Pulau Sapi termasuk berkhemah, Barbeque, Snorkeling dan Selam Scuba.

Untuk mereka yang ingin berkhemah, bayaran tambahan RM5 akan dikenakan bagi setiap khemah, RM5 untuk barbeque dan RM50 bagi Selam Scuba (Bukan Warga Malaysia) dan RM20 (Warga Malaysia).

Kalau di kira, bayaran yang dikenakan di Pulau Sapi ini agak murah kerana ia sangat berbaloi. Tambahan pula, kos yang dikenakan ialah sebagai kos tambahan untuk penjagaan dan urustadbir pulau ini untuk kemudahan dan kesenangan di masa hadapan.

Sudah pasti kalau anda belum ke Pulau Sapi dan Pulau Gaya di Sabah, anda harus ambil peluang datang ke sini. Dari Jeti Jesselton Point hanya memakan masa 20 minits sahaja.

Apa lagi, tempah penerbangan anda dari KL ke Kota Kinabalu dan datang ke Pulau Sapi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s