Malindo Air : Terbang Dari Subang Atau Penang Ke Krabi

Mungkin ada yang belum tahu bahawa syarikat penerbangan tambang murah Malindo Air sudah memperkenalkan laluan baru, Malindo Air : Terbang Dari Pulau Pinang atau Subang Ke Krabi, Thailand. Laluan penerbangan hebat ini telah bermula di Malindo Air sejak 11 September 2014 yang lepas.


Sempena dengan pelancaran laluan baru ini, pihak media dari Malaysia dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki penerbangan Malindo Air dengan menaiki pesawat ATR 72-600 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. 

Rakan Media kali ini di bawa menerokai Krabi, Thailand dengan memulakan perjalanan dengan melawati Kuil Buddha yang terkenal di Krabi iaitu Wat Thum Sir yang terkenal di Laut Andaman dan Krabi.

Seterusnya destinasi diteruskan lagi sehingga ke aktiviti Island hopping menuju 4 pulau terkenal di Krabi. Di sini Rakan Media di bawa melawat ke Princess Cave dan juga Railay Beach. Di Railay Beach ini terkenal dengan aktiviti Rock Climbing bagi peminat sukan lasak ini.


Malindo Air : Terbang Dari Subang Atau Penang Ke Krabi
Di Krabi juga, Rakan Media dibawa melawat ke kawasan Ao Nang Street Night Market yang terkenal terletak di tepi pantai dan juga lokasi pusat tumpuan pelancong di Krabi. 

Paling menarik, Rakan Media di berikan pengalaman pakej penuh urutan tradisional Thai di Krabi La Playa Resort, yang juga penaja utama penginapan Rakan Media FAM Trip Krabi 2014 bersama penerbangan Malindo Air.

Untuk merasai pengalaman bercuti dan aktiviti pantai dan pulau menarik di Krabi, anda boleh terus terbang dari Subang ke Krabi bersama Malindo Air kerana mereka menyediakan satu laluan Subang ke Krabi setiap hari dan 4 penerbangan seminggu dari Pulau Pinang ke Krabi.

Tempah penerbangan anda di www.MalindoAir.com atau lebih mudah layarai Aplikasi Smartphone anda di www.mobile.malindoair.com untuk maklumat dan tempahan yang lebih mudah. Atau anda boleh hubungi call centre Malindo Air antara jam 9.00 pagi hingga jam 9.00 malam SETIAP HARI di talian 03-784153888

Terima kasih buat Malindo Air dan Krabi La Playa Resort atas tajaan penerbangan dan penginapan semasa di Krabi, Thailand.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s