Tempat Tempat Menarik Di Krabi, Thailand

Anda mungkin mencari lokasi dan tempat tempat menarik di Krabi, Thailand. Jom lihat apa yang MrJocko rasakan antara tempat yang menarik di Krabi yang boleh anda rancang dan lawat ketika anda melancong di Pantai Barat Selatan Thailand ini.
Apa Maksud Krabi?
Krabi (Thai: กระบี่) adalah sebuah bandar sederhana besar di pantai barat selatan Thailand di muara Sungai Krabi di sekitar Phang Nga Bay. Bandar Krabi mempunyai penduduk sekitar 25,000 orang. Bandar ini adalah ibu kota Wilayah Krabi dan Daerah Krabi. Industri pelancongan merupakan industri penting di Krabi dan hampir 90 peratus penduduk di Krabi bergantung kepada industri pelancongan.

Tempat Menarik Di Krabi, Thailand

1. Khao Panombenja : Menunggang Gajah
Tempat menarik di Krabi untuk menunggang gajah. Tempat ini tidak la jauh dari Krabi dan ia juga senang akses. Anda boleh dapatkan pakej yang berpatutan untuk ke Khao Panombenja untuk aktiviti menunggang gajah. Di samping itu, di sini ada aktiviti lain yang boleh anda turut buat seperti ATV Ride dan Elephant Show. Pakej untuk Elephant Ride ini bermula dari 800 Baht untuk dewasa dan 400 Baht untuk kanak-kanak.

2. Ao Thalane : Menunggang Kuda
Jika anda minat menunggang, anda boleh cuba aktiviti menunggang kuda di Ao Thalane atau sebenarnya boleh juga menunggang di tepi pantai sekitar Krabi. Ada banyak kuda yang disediakan dan pakej menunggang kuda ini sekitar 500 Baht selama 30 minit menunggang kuda.

Tempat Menarik Di Krabi, Thailand

3. Emerald Pool Dan Hot Spring : Kolam Biru Air Panas Di Krabi
Dua kolam ini memang menjadi tarikan utama jika ke Krabi.  Ia sememangnya tempat tempat menarik di Krabi. Bayangkan anda dapat berendam di dalam kolam yang cantik airnya, berwarna biru umpama kristal yang sangat menakjubkan. Selepas ini, menuju ke Kolam Air Panas Hot Spring Krabi yang sememangnya punyai pemandangan yang indah. Pakej ke sini biasanya berharga dari 1,000 Baht setiap seorang

Blue Pool Krabi
Hot Spring Krabi


4. Snorkeling Di Pulau Krabi
Banyak lokasi yang boleh anda pilih jika ke Krabi. Ada banyak tempat menarik dan tumpuan yang terkenal di Krabai untuk aktiviti snorkeling jika di Krabi antaranya Pha Nga Bay, Ao Nang Beach, Koh Ha, Koh Yawabon, Koh Dor, Koh Talu and many more.




5. Krabi Night Market
Untuk tumpuan pelancong semasa di darat, anda boleh jalan-jalan kaki ke Pasar Malam Krabi. Kat sini memang banyak barang yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding semasa MrJocko di Pasar Malam Chiang Mai. Untuk Muslim, jangan risau, di sini juga banyak gerai menu masakan asli Thai yang Halal. Sebab itu, Krabi juga terkenal dengan tempat menarik untuk makanan Halal.

Pasar Malam Krabi

Makanan Halal Di Krabi

6. Krabi Crab Statue
Sudah pasti lokasi wajib anda singgah ialah Krabi Crab Statue yang terletak di kawasan tengah bandar Krabi. Ia terletak di tepi tebing Muara Sungai Krabi dan ia memang mudah untuk di akses oleh sesiapa sahaja samada naik Tuk Tuk atau berjalan kaki sahaja.

So, rasanya cukup la 6 lokasi dan Tempat Menarik Di Krabi yang MrJocko sempat kongsi jika anda ke Krabi, Thailand. Ada banyak lagi lokasi lain, mungkin anda boleh explore dan kongsi kemudian dengan rakan lain jika anda sudah ke Krabi.

Terima kasih buat malindo Air dan Majalah LIBUR yang menerbangkan Rakan Media ke Krabi, Thailand


Krabi Crab Statue

4 komen pada “Tempat Tempat Menarik Di Krabi, Thailand”

  1. salam krabi night market ni area mana? pantai ao nang ke?
    kalau tak keberatan boleh suggest hotel yg dekat dgn night market ni x?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s