Penerbangan MAS Dari KLIA Ke Osaka, Kansai Airport

Media Trip kali ini bersempena Asian Pacific Festival Fukuoka 2014, MrJocko berpeluang menaiki penerbangan MAS Dari KLIA Ke Osaka, Kansai Airport. Penerbangan ini bermula pada jam 11.45 malam dan akan sampai di Osaka, Kansai Airport pada jam 7.30 waktu Jepun (Jam 6.30 pagi waktu Malaysia).

Penerbangan selama 6 jam 30 minit lebih kurang ini pengalaman Pertama MrJocko ke Osaka. Tambah lagi, bila terbang menaiki pesawat MAS, maka makan minum semua akan disediakan, jadi tak perlu nak risau takut terlepas waktu makan.



MrJocko bersama Bro Azlan, Penerbit Rancangan Selamat Pagi Malaysia dan juga cameraman Bro Kusyairie dari Radio Television Malaysia (RTM). Untuk Media Trip kali ini ke Asian Pacific Festival Fukuoka 2014 ini, hanya kami bertiga ke sana memenuhi jemputan pihak Fukuoka City dan juga Tourism Malaysia Osaka.


Pertama kali, di pesawat MAS, MrJocko melihat mereka mengingatkan penumpang, khususnya penumpang Muslim suapaya membaca Doa Perjalanan, dengan harapan perjalanan kami akan dipermudahkan dan selamat menuju destinasi.

Penerbangan MAS Dari KLIA Ke Osaka, Kansai Airport

Penerbangan MAS Dari KLIA Ke Osaka, Kansai Airport
Waktu makan di dalam penerbangan selama 6 jam 30 minit ini ada dua sesi. Pertama kali kami dihidangkan dengan Egg Mayo selepas sekitar satu jam penerbangan dan diberikan sarapan pagi pada sekitar 4 jam selepas penerbangan atau 2 jam sebelum pesawat MAS mendarat. Alhamdulillah, menu dalam pesawat MAS dari KL ke Osaka memang sedap dan terbaik. Tahniah buat chef dan warga kerja dapur MAS.


Sudah pasti penerbangan MrJocko dari KLIA ke Osaka memang selesa. Ada selimut dan bantal serta boleh layan hiburan termasuk movies, lagu dan juga games. Untuk penerbangan kali ini MrJocko sempat layan filem Dawn of Planet Apes dan juga Running Man : Race Start

Sekejap sahaja, sedar-sedar dah sampai di Kansai Airport, Osaka, sebuah lapangan terbang yang memang unik kerana ia dibina di atas laut dan memang terletak agak jauh dari tanah besar. Airport Kansai di Osaka ini memang cantik.

Selepas menaiki pesawat, seterusnya kami menuju terus ke Shin Osaka Station untuk menaiki Bullet Train, Shinkansen dari Osaka ke Hakata, Fukuoka.

Terima Kasih buat Tourism Malaysia Osaka dan juga Fukuoka City Hall atau layanan mesra sepanjang kami berada di Fukuoka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s