Makan Malam Di Restoran Kaiseki Tradisi Jepun Di Fukuoka

Lawatan ke Jepun sudah pasti tidak lengkap jika anda tidak mencuba menu asli masakan tradisi masyarakat Jepun seperti Tempura, Sushi dan Sashimi. Namun, selain menu yang biasa kita dengar tadi, ada menu tradisional lain yang memang jarang kita dengar dan makan kerana ramai antara kita tidak berpeluang.

Kesempatan kami di Fukuoka Jepun, kami rakan media di bawa oleh pihak Tourism Malaysia Osaka untuk merasai sendiri pengalaman makan malam di sebuah restoran tradisi Jepun yang katanya biasa dikenali sebagai Restoran Kaiseki yang terkenal di bandar Fukuoka.

Restoran Tradisi Jepun Berkonsep Izakaya Di Fukuoka

Restoran Tradisi Jepun Berkonsep Izakaya Di Fukuoka

Dekorasi susunan dalam restoran ini dibina mengikut deko lama bangunan Jepun beratus-ratus tahun dahulu dan ia memang sesuatu yang sangat menarik. Berada dalam restoran ini, umpama berada di Jepun semasa zaman purba kala Jepun kerana perabut, tikar, dinding, dekorasi laman luar semua di susun mengikut susunan rumah tradisional lama masyarakat Jepun.

Menu kali ini, di Restoran Kaiseki Restoran Tradisi Jepun Fukuoka, di olah sedikit bersesuai dengan konsep halal. Tiada daging, tiada sake dan kami cuma makan ikan dan juga beras tanpa campuran alkohol sesuai dengan kita orang Muslim. Nasib baik kami ada Tourism Malaysia dan seorang Staffnya dari Jepun, memang memahami kami sebagai Muslim.

Restoran Tradisi Jepun Berkonsep Izakaya Di Fukuoka

Restoran Tradisi Jepun Berkonsep Izakaya Di Fukuoka

Kebanyakkan menu makan malam kami di Restoran Tradisi Jepun Fukuoka ini berasaskan ikan termasuk salmok, ikan merah dan juga ikan kembong. Yang lain ada telur, sayur, beras dan beberapa kacang yang telah direbus. Minta maaf kerana tidak dapat ingat nama-nama menu masakan Tradisi Jepun ini kerana kami asyik menikmati menu kami pada malam tersebut.

Restoran Tradisi Jepun Berkonsep Izakaya Di Fukuoka


Ini ialah pemilik Restoran Kaiseki, Restoran Tradisi Jepun di Fukuoka ini dan ia antara mereka yang masih mengekalkan keaslian menu masakan Jepun yang mempunyai konsep tradisional Jepun. Dia yang pernah ke Malaysia pada tahun 1989 sempena dengan pertaian antara Fukuoka dan Ipoh, Malaysia sebagai Twin Sisters City.

Secara keseluruhan menu di sini memang sedap walaupun pertama kali kami mencuba. Tambah-tambah lagi ikan salmon yang di hidangkan memang perfect dengan sos dan juga hidangan sampaingan. Kalau di Malaysia, memang tidak ada menu asli Tradisi Jepun seperti ini.


Laman luar Restoran Tradisi Jepun Fukuoka ini memang dibuat khas dan dibina seperti zaman Jepun purba kala. Di Fukuoka sendiri, tak banyak lokasi seperti ini kerana banyak lokasi di sini adalah bandar baru dan bandar moden.

Ini pengalaman pertama MrJocko merasai pengalaman makan malam terbaik menu Tradisi Jepun berkonsepkan Izakaya dan ia memang terbaik. InsyaAllah, kalau ada peluang sudah pasti kami akan cuba lagi.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia Osaka kerana layana terbaik ini di Restoran Tradisi Jepun berkonsep Tradisional Jepun di Fukuoka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s