Menu Masakan Malaysia Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

Asian Pacific Festival Fukuoka 2014 berlangsung selama 5 hari bermula dari 8 Oktober sehingga 12 Oktober 2014 bertempat di perkarangan Fukuoka City Hall Fureai Hiroba di tengah bandaraya Fukuoka, Jepun. 

Semasa Asian Pacific Festival Fukuoka 2014 ini ada beberapa acara utama termasuk upacara persembahan kebudayaan negara-negara Asia Pacific termasuk Malaysia dan juga Food Festival Booth yang berada di sekitar perkarangan Fukuoka City Hall.

Menu Masakan Malaysia Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

Tourism Malaysia menghantar satu kumpulan kebudayaan dari Kota Kinabalu, yang diketuai oleh Ray Redzuan Awang yang mempersembahkan tarian kebudayaan Malaysia termasuk joget, chinese dance, tarian India, Sumazau dan banyak lagi. 

Untuk menu masakan Malaysia, Tourism Malaysia membawa sekali lagi menu masakan seperti Roti Canai, Mee Goreng Mamak, ABC, Teh Tarik, Jus Sirap dan menu baru yang dimartabatkan sebagai menu Ikon Masakan Malaysia iaitu Nasi Lemak.

Nasi Lemak di Jepun

Roti Canai di Jepun


Untuk menu masakana Nasi Lemak, Roti Canai dan Mee Goreng Mamak, harga satu hidangan ialah 600 Yen bersamaan (RM18) adalah harga promosi untuk Asian Pacific Festival Fukuoka 2014. Teh Tarik dan ABC pula dijual dengan harga 300 Yen iaitu RM9. Untuk Sirap, ia dijual dengan harga 200 Yen atau RM6.

Malaysia mengadakan persembahan paling awal di Asian Pacific Festival Fukuoka 2014 ini dan paling menarik juga, booth makanan menu masakan Malaysia di serbu seawal pagi dan ramai masyarakat Fukuoka beratur untuk mencuba menu Roti Canai Terbang, Nasi Lemak, Mee Goreng dan juga Teh Tarik.

Menu Masakan Malaysia Nasi Lemak Roti Canai Di Fukuoka Jepun

Secara peribadi, MrJocko boleh katakan penganjuran dan pembabitan Tourism Malaysia Osaka dalam program Asian Pacific Festival Fukuoka 2014 ini sangat-sangat berjaya. Tahniah dan ucapan TERBAIK buat Tourism Malaysia dan mereka yang berkerjasama gigih dalam menjayakan program ini kerana ia berjaya menjenamakan kembali kebudayaan Malaysia, produk pelancongan Malaysia dan makanan Malaysia kepada masyarakat Fukuoka.

Semoga usaha Tourism Malaysia ini akan terus berkekalan dan memberikan info yang terbaik buat potensi pelancong dari Jepun dan seluruh dunia.

Terima kasih buat Tourism Malaysia dan Fukuoka City yang menjemput MrJocko dan rakan Media RTM menrasai pengalaman di Asian Pacific Festival Fukuoka 2014

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s