Best Denki Outlet Famous Di Fukuoka City

Ramai yang sudah tahu bahawa Jepun antara negara berteknologi canggih dan sudah mengatasi banyak negara lain di dunia dalam penghasilan produk-produk berteknologi tinggi secara keseluruhan. Samada kereta, barang elektronik, pembinaan dan banyak lagi, Jepun rasanya mempunyai kelebihan berbanding negara lain.

Sebab itu, masa ke Fukuoka, MrJocko mengambil kesempatan untuk siggah di Best Denki Fukuoka City yang mana di sini tempat jualan barang-barang elektronik dari smartphone, komputer, peti ais, aircond dan heater, TV, audio dan banyak lagi.

 
 
 
 
 

Banyak produk elektrik yang dijual di Best Denki Fukuoka City ini adalah koleksi dan produk terbaru setiap jenama yang ada di Jepun. Kebanyakkan produk yang dijual di dalam Best Denki Fukuoka City ini ialah dari buatan Jepun yang dijamin kualitinya. Seperti mana yang kita tahu, orang Jepun mementingkan kualiti dan tak kisah bayar mahal sekiranya ianya terbukti berkualiti.

 
Best Denki Outlet Di Fukuoka City
Best Denki Outlet Di Fukuoka City
 
 
 
Kalau nak dibandingkan harga produk elektrik yang dijual di sini, sudah tentu ia lebih murah jika nak dibandingkan di Malaysia. Ini kerana, ia produk yang terbaru dan terkini, serta ia dijual dengan harga yang memang murah berbanding harga yang sudah dikenakan TAX jika masuk ke pasaran Malaysia. Sejauh mana murah, MrJocko tak dapat nak berikan secara terperinci kerana beza produk mempunyai beza harga dan kualiti.

Tapi sebagai contoh, Kamera Sony NEX 5100 dijual dengan harga sekitar JPY60,000 (RM1,850) tetapi di Malaysia market kamera tersebut sekitar RM2,300.

 
 
 
 

Ada banyak produk yang boleh anda beli di Best Denki Fukuoka City ini jika anda betul-betul seorang yang minat gadget dan alat elektrik. Sesetengah produk elektrik di sini tidak dijual di luar Jepun dan ia adalah Eksklusif.

Jadi, kalau berpeluang ke Jepun dan anda minat produk elektronik, ini masa untuk anda beli sesuatu yang unik dan limited edition dari Jepun.
 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s