Dalam Dunia Blogger Pun Ada Hasad Dengki

Samada kita perasan atau tidak, dalam kehidupan seharian kita akan ada orang yang suka dengan kita dan orang yang tidak suka dengan kita. Itu adalah lah lumrah. Suka atau tidak, ia bukan diluar kawalan kita dan ia sudah terjadi sejak dulu lagi.

Dunia Blogger juga tak lepas dari sifat dengki sesama blogger. Atas sebab kenapa dan mengapa mungkin orang yang terlibat sahaja yang tahu. Ada kes blogger ni kutuk blogger sana. Blogger sana perli blogger sini, macam-macam hal.





Secara peribadi, kutuk mengutuk, perli memerli dan sindiran yang biasanya terjadi mungkin lahir dari perasaan hasad dengki.

Ada yang melihat blogger sana selalu dapat invitation, dapat advertorial yang banyak, maka yang kadang-kadang dapat peluang ini mungkin akan rasa hasad dan dengki. Bukan semua, tetapi ada yang begitu.

Setakat rasa dengki tetapi ingin berusaha lebih kuat untuk menjadi lebih baik, itu tak mengapa. Ya kita tak mahu, dengki melihat kejayaan mereka, kita sindir, kita perli, kita kutuk dan tabur macam-macam pandangan negatif kepada mereka yang berjaya. Itu tak bagusss,,,

Iblis adalah yang pertama mempunyai Hasad Dengki, bila manusia diciptakan oleh Allah dan Iblis merasakan dia lebih bagus dari manusia. Sebab itu, jika kita masih lagi mempunyai perasaan hasad dengki yang menebal, maka kita mungkin mewarisi sifat terkutuk dari Iblis.

Bebaskan diri kita dari perasaan dengki sesama kita, InsyaAllah, hidup kita akan tenang dan gembira…

p/s : dulu saya sendiri selalu dengki melihat Travel Blogger lain selalu dapat invitation untuk sertai FAM Trip. Selepas beberapa tahun saya berusaha, kini, saya sudah dapat peluang sertai FAM Trip tersebut😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s