Fukuoka Airport, Jepun : Itazuke Air Base Fukuoka

Hari terakhir Media Trip kami ke Osaka dan Fukuoka ini kami pulang ke Kuala Lumpur menggunakan Connecting Flight dari lapangan terbang Fukuoka menuju ke Osaka dan kemudian terbang terus selama hampir 7 jam ke Kuala Lumpur.

Pengalaman pertama sampai di Fukuoka Airport, ia satu pengalaman yang baru tetapi biasa kerana Fukuoka Airport ini hanya sebuah lapangan terbang biasa dan seperti lapangan terbang di Kota Kinabalu, Kota Bharu dan kebanyakkan lapangan terbang negeri di Malaysia.


Sebagai informasi, Fukuoka Airport, yang sebelum ini dikenali sebagai Pangkalan Udara Itazuke, adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa dan domestik yang terletak 1.6km sebelah timur Stesen Hakata di di Hakata-ku, Fukuoka, Jepun. Ia secara rasmi ditetapkan sebagai lapangan terbang kelas dua.


Ruang dalam lapangan terbang ini biasa dan menempatkan beberapa kaunter syarikat penerbangan dan yang paling banyak kaunter ialah All Nippon Airways (ANA), syarikat penerbangan domestik dan tambang murah Jepun dan beberapa wakil syarikat penerbangan yang lain.

Ruang departure hall juga tidak la besar mana, tetapi ia menampung lebih dari 35 operasi syarikat penerbangan seluruh dunia termasuk Cathay Pacific, Singapore Airlines, KLM dan banyak lagi. Fukuoka Airport ini adalah airport ke-4 paling sibuk di Jepun.

Kali ke Fukuoka Airport untuk terbang ke Osaka menaiki pesawat All Nippon Airways (ANA). Tunggu entry tentang pengalaman MrJocko menaiki pesawat All Nippon Airways (ANA) dari Fukuoka ke Osaka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s